06 February 2008

iman

Iman ialah something yg sangat berharga.
Nak rezeki kita usaha, iman pun perlu diusahakan juga.

Macm mana nak usaha atas iman?

Ini sikit tips.
Lapangkan masa, selalu fikir dan cakap ttg perkara ini:

1. Penafian makhluk, dan kebesaran Allah.
2. Pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi dan Rasul.
3. Pertolongan Allah kepada para Sahabh r.hum.
4. Tanda-tanda keimanan.

Ini saya dapat dari Sheikh Sa'ad.

jangan perasan bagus

hmm,
bahaya kalau ada penyakit perasan bagus nih.

kkdg, kita pandang orang lain sebelah mata.

tapi ingat, segala kesalahan dari orang lain yang kita nampak,

kesalahan yang sama mungkin sekali ada pada diri kita.

Jangan cari kesalahan orang lain, sbb bile kita cari kesalahan orang, Allah pun akan cari kesalahan kita. Dan ALlah mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata.

Kalau kita terpandang salah orang lain, cepat2 lah bertaubat...then minta Allah ampunkan dosa orang tuh...then, bergaul lah dgn dia cara yang baik..mbe, without saying he'll change.

Kerana Allah tak perlukan kata-kata kita untuk ubah seseorang.

04 February 2008

Apa yang besar?

Untung jadi orang yang beriman.
Amal sedikit pun, Allah bagi ganjaran.
Senyum sikit dapat pahala.
Terkena duri sikit pun Allah ampunkan dosa.

Namun sebaliknya, sangat rugi orang tak beriman.
Sedikit pun amalan mereka Allah tak terima.
Derma harta berjuta-juta.
Berjaga siang dan malam.
Belajar tinggi-tinggi. Senyum sokmo 24 jam.
tapi semua tu sedikit pun Allah tak terima.
Kesian kan?

Pada mata kita, kita nampak amalan-amalan yang makruf.
Alhamdulillah. Apa yang baik tetap baik.
Tapi apakah 'makruf' yang paling baik?
Itulah IMAN. Dengan iman, amalan yang lain akan diterima.

Sebaliknya, apakah 'mungkar' yang paling munkar?
Itulah SYIRIK. Dengan ada perkara ni, banyak mana amalan pun takkan diterima.
Na'udzubillah.

Hmm..sebelum kesian kat orang, mari kita kesian pada diri sendiri dulu.
Betul ke kita sudah berIMAN?
Atau sekadar percaya, dan sekadar dibibir sahaja?
Renung-renungkanlah kerana ketika mati nanti yang keluar dari mulut adalah apa yang ada di hati kita.