05 November 2008

Allah Maha Bijaksana

Assalamualaikum wbt,
Dah lama tak menjenguk blog sendiri.
Alhamdulillah, Allah masih lg beri peluang aku bernafas untuk aku taat perintah-Nya ikut cara Nabi SAW. Syukur atas segala tawfiq dari Tuhan dan istighfar bebanyak atas segala kekurangan.

Subhanallah, I'd like to tell something about my project. Subhanallah, ape yang aku takuti itulah yg aku dapat. Before this aku cuak2 je dpt groupmate n SV yg tak best. Tapi Maha Suci Allah, itulah yg aku dapat untuk group projek nih! Nway, pasrah sahaja kpd Tuhan. Ini ketentuan Allah sebenarnya. Kekadang kita ingatkan something is bad, but in reality it is good. Allah knows best you know. n we know very very little.

Oh, let me tell you something about my project. Actually its a group project. There are three of us and we are given the task of developing a global power factor correction scheme. apekah faedahnya kalau kita dapat perform this scheme? generally it will increase the efficiency the overall power system in a building. Anyhow, maksud dia adalah bagaimana harmonics dpat dikurangkan dan power factor dapat hampir kepada uniti (1.0).

Macamana nak build this system? Basically we have a mains power which will be controlled by an intelligent power supply manager. Kekadang sst load tuh akan demand different types of current form. Bile bende ni terjadi, kita takkan dpt sinewave yg bagus la. Akibatnya PF tu berkurangan. Jadi untuk mengatasi masalah ni, mains controller ni akan instruct another device [kita panggil Device 2]untuk sedut waveform lain, yg mana apabile waveform2 ni ditambah akan jadi perfect sine wave. Device 2 ni biasanya adalah application yg gunakan DC voltage. So, ada possibility untuk kita renovate current wiring system yg hanya guna 240AC shj, dgn menambah satu lg DC Voltage supply. Masalah yg timbul akibat DC link ni akan dibincangkan dilain kali.

So..korg rase menarik tak projek aku nih? Menarik kan? Tapi biasalah, no pain no gain org kata. Disebalik kesenangan tu ada kesusahan. Dan dalam kesusahan tu ada kesenangan. Macam tu gak lah scheme nih.

Hmm, ada banyak benda kena cover untuk build this scheme. Tapi kitorg pilih certain2 area jela. Tak expect pon untuk siap the whole system, eventhough that can be achieve if Allah wills. Infact, kalau Allah tak izin, benda senang pon boleh tak jadi. Betul nih!

Banyak benda kena cover, so kami pon divide and conquer lah. Sorg membe buat DC link and camne nak remove harmonics contents. Sorg lg membe tgk kat simulation. Nampak simple je tapi banyak manfaat la kalau dapat simulate. Dan aku telah di assign untuk develop communication system antara devices.

OK, i'll go a bit deeper into my part.

Basically, kita nak buat devices2 ni interact one another dgn efficient. Kita target untuk system dalam rumah je. So, signal tu tak payah transmit jauh2 sgt lah...say kita nyer umah besarnye 20m x 20m. So, kita cube teka bape panjang wire yg paling panjang? Agak2nye dlm 50m la kan.
Ni penting untuk tentukan frequency apa kita nak anta signal tuh. Makin panjang, makin slow lah sbb ada attenuation.

Kemudian, kita kena kira bape impedance pada cable tuh. Ni akan seterusnya determine max frequency yg kita boleh transmit.

Basically dalam apa2 cara komunikasi pon, mesti ada penghantar[sumber], media, bahasa, dan penerima. jika salah satu ni takde, maka mcm tak berguna la comm system tuh.
...bersambung, ada takaza gasht. Wslm, Doakan gue!

08 October 2008

Sedikit Tentang Cinta

Assalamualaikum wbt,

Allah jadikan manusia dgn rasa cinta.
Ia satu perkara suci.
Cumenya, cinta ni kenalah letak pada tempatnya.

Cinta pertama: cinta pada Allah.
Kedua: pada Rasulullah SAW.
Ketiga: ibu bapa.

Cinta yg seterusnya bolehlah diletak mengikut perintah Allah Taala.
Sebenarnya apabila seseorang tuh cintakan Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya, mencintai dan membenci keranaNya, dan membenci kembali kepada kekufuran spt bencinya ia kembali kpd api neraka, dia telah mengecapi kemanisan imaan.

So...jangan main-main dgn cinta. It could be a very powerful tool. But it also could be very disastrous if we dont put it where it suppose to be.

Kecintaan yg disalahguna ni umpamanya seorang yg mencintai kehidupan dunia melebihi kehidupan Akhirat. Moga Allah selamatkan kita.

Hm, lets develop the love of Allah and His Rasul. And also make them love us as well. Caranya: taat perintah Allah, ikut cara Nabi SAW.

"..dan kami meminta kecintaan kepadaMu, cinta kepada yg Kau cintai, dan cinta kepada amal-amal yg mendekati kami kepada kecintaan kepadaMu."

12 September 2008

Iman-o-meter

Assalamualaikum wbt,

Sorg boleh declare yg dia seorang Islam, tapi tak boleh declare dirinya sebagai beriman selagi dia belum lagi diiktiraf sebagai orang yang beriman.
Samada beriman atau tak, Allah shj yang tahu hakikat sebenarnya.

Allah sudah tetapkan bahawa Iman adalah perkara yg terpenting bg setiap insan. Sudah menjadi Sunnatullah, setiap perkara untuk terjadi Allah Taala letakkan asbab. Contohnya Allah sudah janjikan rezeki. Untuk beri rezeki, Sunnatullah nya Allah berikan dengan asbab. Contohnya sesetengah orang melalui kedai, makan gaji, ataupun drpd sumber yg tak disangka2 spt yg diberikan kepada org yg bertaqwa dan banyak istigfar. Allah berikan melalui asbab2 ni namun Allah tidak pernah berhajat pd asbab2 ini.

Likewise, Allah Maha Adil. Untuk iman juga Allah tak biarkan kita 'memandai-mandai' dan meraba-raba. Ada perantaraan untuk mendapatkannya iaitu usaha atas iman, sebagaimana yg telah di usahakn oleh Nabi AS dan para Salafussoleh kita.

Setelah usaha atas iman, bagaimana kita mahu buat akaun kalau iman kita sudah meningkat? Seperti org kedai risau akan untung rugi perniagaannya, begitu juga org yg telah berusaha atas imannya harus risau adakah imannya sudah meningkat? Jadi di sini ada beberapa cara untuk menilai tahap keimanan kita. Basically, Allah Taala telahpun terangkan di dalam Al-Quran melalui lidah mulia Nabi kita SAW. These are only a few.

1. Orang beriman apabila nama Allah Taala disebutkan jiwanya akan bergoncang. Apabila ayat2 Quran dibacakan imannya meningkat.

2. Orang beriman jaga solat dan kyusyuk dalam solat.

3. Orang beriman apabila melihat kemungkaran akan mencegahnya dgn tangannya, jika tidak mampu dgn lidahnya dan jika tidak mampu dgn hatinya. Yakni ada rasa tidak senang dgn perbuatan malanggar perintah Allah.

Dan banyak lagi tanda2 keimanan. Jadi mari kita tgk dlm diri kita. Adakah saya sudah punyai tanda2 ini? Jika Ya..tahniah saya ucapkan moga dapat istiqamah dan terus maju. Jika tidak..cepat2la bertaubat. Malaikat maut boleh datang bila2 masa!!!

Wallahu a'lam.