12 February 2009

hormati guru

Sekarang ni aku tengah baca satu buku bertajuk 'Itidaal fil Maraatib'.
dalam bahasa inggeris nye diterjemahkan sebagai "Islam Politics - The Middle Path".

Buku ni ditulis berdasarkan jawapan Hadrat Syeikhul Hadith Maulana Zakariyya Kandhlawi Rahmatullahi alaih terhadap beberapa soalan yang berkaitan dengan suasana politik yang berlaku pada waktu itu.

Dia juga pengarang banyak dari kitab dalam himpunan kitab Fada'il amaal.

Anyway, aku jumpe satu quote yang sangat penting untuk students:
"Whosoever does not tolerate humbleness at the time of seeking
knowledge, will forever remain in the indignity of ignorance."

Konsep ni agak tepat pada mana-mana bidang ilmu, baik ilmu ukhrawi atau 'duniawi[?]'.
...

Namun bila difikirkan, aku ni belajar dengan orang yang non-muslims. Macam mana aku nak balance kan respect tu, sedangkan dia seorang yang nyata2 belum beriman?

Kita perlu hormati guru, tapi sejauh mana kita perlu hormat?

Allahu a'laam.
Moga Allah beri petunjuk.


.

10 February 2009

Malice

Sayyidina Anas (Radiallahu anhu) reports:

Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) advised me:

"O son, if it is at all possible for you not to harbour any malice in your heart against anyone, then do so. This is my path. Whosoever loves my path, loves me and whosoever follows my path will be my companion in paradise."


(Mishkat)


.

04 February 2009

Saluran Rezeki


Paip hanyalah saluran air, bukan punca air.


Rezeki ni macam air paip.

Bila kita bukak paip, akan keluar air.

Tapi, bukan paip yang bagi air. Air tu kita dapatkan dari tangki.

Kalau tangki kosong, takde la lagi air akan keluar dari paip.

Banyak mana tangki tu ada air, banyak tu jugak lah air akan keluar dari paip.

Tak kira lah paip tu besar atau kecil. Satu, dua atau berpuluh kepala paip pun.

Akhirnya, jumlah yang sama juga kita akan dapat.

Macam tu juga, rezeki kita ni semua Allah dah tetapkan.

Kita kerja, orang lain pun kerja.

Tapi rezeki tu bukan datang dari kerja, rezeki tu daripada Allah.

Ada orang kerja, tapi takde rezeki pun kat situ. Penat habis, tapi upah tak dapat.

Ada orang kerja sikit je, tapi cukup keperluan nya.

Jadi, daripada kita banyakkan kepala-kepala paip saluran rezeki,
ada baiknya kita baiki saluran2 rezeki dengan sumbernya, iaitu Allah Taala sendiri.

Caranya adalah dengan mentaati Allah, ikut Sunnah Baginda Solla Allahu alaihi wasallam.

Moga Allah Taala kurniakan kita rezeki yang baik, baik di dunia, lebih penting lagi di akhirat yang tiada kesudahan dan tiada kematian kelak.


.