satu hari sorg bos pergi buat rutin sehariannya,
bersihkan mejanya.
sorg client tanya: encik cleaner, mana bos awak?
boss: tak, saya bukan cleaner. saya la bos kat sini.
client: ooo...dahtu kenapa awak bersihkan meja awak?
boss: sebab saya perlukan meja yang bersih. tapi saya la boss kat sini.
.....
habis cerita. mcm tulah keadaannya, apabila seorang bos fikir dia seorang bos, dia takkan ngaku dia ni cleaner kerana dalam fikirnya jadi bos tu satu perkara yang besar walaupun dia kekadang terpaksa jadi cleaner.
seorang engineer pon sama. dia takkan ngaku die ni technician kerana fikirnya engineer ni jawatan nye lebih tinggi dari technician, walaupun kekadang dia ada buat kerja macam technician.
hmm, para pembaca sekalian, ketahuilah bahawa tiada kerja yang lebih besar, lebih tinggi dan lebih penting daripada kerja Nabi2 alaihimussolaatu wassalaam. Apakah pekerjaan semua Nabi2? Pekerjaan semua para Nabi ialah dakwah kepada ALlah. Jikalah ada pekerjaan lebih mulia dari pekerjaan dakwah ni, pasti ia akan diberi kepada Nabi2 dahulu.
Dalam masa yang sama, ummat ini yang mana kita adalah sebahagian daripadanya ialah ummat yang terbaik. Apakah pekerjaan ummat yang terbaik? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerja dakwah, sebagaimana kerja Nabi2 yang terdahulu. Inilah keistimewaan yang ALlah telah beri kepada kita. Ummat2 yang terdahulu tidak pernah merasai nikmat ini.
Namun alangkah sedihnya, dikalangan ummat ini masih mengaku dirinya seorang engineer, seorang doktor atau apa2 kerjaya. Perkara terakhir yang hendak kita letak sebagai profession ialah da'ie...ohho. Begitu teruknya kita menilai kerja dakwah ini sampaikan cleaner pun anggap dirinya seorang cleaner. Mana title 'Da'ie' telah pergi?
Sebenarnya diri kita ni memang jauh sangat dari realiti sebenar. Semoga sama2 kita dapat kembali kepada kerja asal ini.
Kebanyakan orang masih ragu. Aku buat dakwah, macamne aku punye rezeki?
Begini. Jika sebuah kerajaan mahu menghantar tentera ke sempadan, apakah kerajaan itu akan membiarkan tenteranya begitu sahaja? Tentunya tidak! Mereka diberi gaji, elaun, makan pakai minum semua cukup. Kemudian mereka akan dilengkapi dengan senjata2 yang baik untuk mempertahankan negara. Bukan itu sahaja, bahkan segala keperluan keluarganya akan dipelihara. Kebajikan mereka akan dijaga.
Ini baru kerajaan dunia. Cuba fikirkan, apa kah Pemilik Sekalian Alam akan lakukan terhadap mereka Dia sendiri hantar untuk keluar dijalanNya? Sudah tentu kperluan mereka lebih terurus. Sudah tentu makan pakai keselamatan mereka dijamin. Sudah tentu anak isteri mereka di dalam peliharaanNya.
Pendek kata, memang tiada alasan untuk kita mengelak dari buat kerja yang Allah telah beri kepada kita. Semua yang kita beri alasan, Allah telah jawab semua itu.
Semua ni kita takkan nampak jika kita dengar sahaja.
Orang yg dengar pasal duit 24 jam takkan dapat duit dengar mendengar je. Ada kerja disebalik duit tu.
Begitu juga, jika kita nak dapt nusrah Allah, tak cukup dengan mendengar je. Kenalah amal dahulu.
Moga Allah pilih aku dan korang dan seluruh ummat Nabi SollaAllahu 'alaihi wasallam untuk ambil kerja dakwah ni sebagai maksud hidup. Ameen.