11 May 2009

lihat lah blog saya

Isha' time summer ni takde dah.
so di masjid kami akan ada 2 jemaah isha'.
a bit odd bila ada 2 jemaah ni..
so kenapa diadakan 2 jemaah?
sbb ada yang nak jama', ada juga yang prefer untuk tak jama'.

Ikut sheikh Umar, untuk solat asing-asing tu yang terbaik, walaupun ada kelonggaran untuk jama'.

Penting untuk faham masa'il ttg solat waktu summer ni.

Subhanallah, mmg Rasulullah Solla Allahu 'alaihi wasallam punya ilmu sangat luas. Masa'il time ni pun ada penyelesaian dalam Quran dan Hadith. Kita orang Islam patutnya kalau ada masalah apa-apa terus rujuk apa yg Allah dan Rasul cakap. Ini lah sebenar-benar ubat. Tak kira lah apa pun penyakitnya, mmg ubatnya ada dalam Quran dan Sunnah. Penyakit fizikal, mental, sosial, spiritual, akhlak, iman, dunia, akhirat...semua ada.

Hm, ubatnya dah ada depan mata, cuma nak telan jelah..hehe. Penat2 doktor beri prescription, klu patient tak istiqomah makan, tak jadi juga. huhu


Wallahu a'lam.

09 May 2009

taat perintah Allah

InsyaAllah arini aku nak menulis untuk bersyukur kepada Allah.

Allah telah beri aku peluang yang banyak sangat untuk bersedia ke alam yang akan datang.

Semalam abang nasir ada bagi nasihat sikit. Subhanallah, bila orang balik keluar ni, fikir dia memang lain sikit, panas orang kata kerana mereka telah berada dalam susasana yang terjaga iman dan amal. Dia beritahu tentang kepentingan usaha untuk akhirat. Dunia ini diciptakan untuk manfaat kita, manusia ni. Kita punya maksud bukan untuk dunia, tapi untuk kehidupan akhirat nanti. Itulah sebenar-benar tempat kembali kita, kampung kita yang dahulunya atuk dan nenek kita pernah duduk.

Dunia ini tempat untuk kita buata segala kelengkapan untuk akhirat. Just imagine, kalau perlu susah-payah pun, pukul rata cuma 60-70 tahun. Itu je. 60-70 tahun ini bagi kita yang baru nak kenal dunia mungkin rasa lamaaaaaa lagi. Tapi cube tanya pakcik-pakcik yg dah berumur tuh...dia akan petik jari dan kata, "camni je nak...". Tanya lagi yang lebih lanjut umurnya 80-90 tahun, pun akan kata benda yang sama.

Jadi kalaulah perlu susah payah pun masanya cuma masam petik jari je. Masa akan terus berlalu dan akan terus berlalu tanpa tunggu kita.

Dan bayangkanlah susah-payah yang sikit ni akan dibalas dengan nikmat yang tak henti-henti. Ape nak, mintak jela...makan, minum, mahligai, perempuan, pemandangan indah, gundik-gundik, takhta...dan kalau dicatatkan kat sini pun takkan mungkin dapat gambarkan keindahan syurga, kerana penulis pun bukan pernah kesana pun. Tapi tu la, masa yang singkat ini, walaupun yang paling singkat nak dibandingkan dengan alam-alam yang lain..ialah yang paling crucial untuk menentukan kejayaan atau kegagalan setiap orang itu.

Apalah salahnya kan, kita tinggalkan keluarga kita kejap, rehat kita, harta kita, keselesaan kita..untuk Allah? Tinggalkan sekejap pun untuk Allah pun tak sedia, macamne nanti nak tinggalkan selama-lamanya?, satu point yang kita kena fikir-fikirkan.

Allah yang beri kita semua ni, dan dia takkan dapat untung kalau kita 'beri'. Allah minta kita beri bukan nya untuk Allah, tapi untuk kita jugak lah.

Macam seorang ibu, bila dia nak cerai susu dari anak nya. Bukan nya ibu tu zalim, tak bagi susu kat anak, tapi nak anaknya rasa makanan yang lebih sedap dan macam-macam rasa lagi.

Macam tu jugaklah, bila Allah minta kita tinggalkan apa yang patut tinggalkan dan ambil apa yang perlu kita ambil, bukannya nak susah-susahkan kta. Bukannya Allah zalim...tak sekali-kali Allah zalim kepada hambaNya. tapi ini semata-mata untuk manfaat kita.

InsyaAllah, dengan selalu ingatkan kita ttg Allah, menafikan makhluk dan meng'isbat'kan Allah.. mudahlah kita untuk mentaati perintahnya.



.

29 April 2009

Perkara yang Kadang-Kadang

Allah yang jadikan aku dan kau.

Tapi nama Allah lah yang sekali sekala sahaja yang kita sebutkan.

Tapi Allah lah yang kadang-kadang sahaja kita ingat.

Bila susah ingat Allah, bila senang kat masjid pun tak nampak.

Syukur lah kerana Allah bagi 'rotan' sayang kat kita, untuk kita ingat balik hakikat siapa diri kita.
Yang hopeless. Yang dijadikan daripada air mani yang hina dan satu hari nanti akan jadi mayat yang tiada upaya untuk mengelipkan mata pun.

InsyaAllah, lepas ni kena azam untuk selesaikan segala masalah dengan perantaraan perintah-perintah Allah, mengikut cara Sunnah junjungan besar kita Nabi Muhammad SollaAllahu 'alaihi wa sallam.

Apabila Nabi berhadapan dengan sebarang kesukaran, Nabi SollaAllahu 'alaihi wasallam akan dirikan solat. Di dalam solatlah letaknya penyejuk mata Nabi.

Kat mana penyejuk mata kita? Duit? Astaghfirullah wa atuubu ilaih.

....