28 January 2008

Suasana Extreme

Bayangkan kita tengah drive kat tengah-tengah padang pasir.
Suasana yang sangat extreme.

Mesti selalu tengok meter. Kalau panas sangat, nanti enjin boleh rosak.
Bila tengok termometer naik sikit, kena lah berhenti kejap.
Repair mana yang patut, letak air radiator etc. just to make sure enjin boleh jalan.

Likewise, bila kita di dalam suasana yang 'extreme'.
Suasana di mana perintah Allah dan Sunnah Nabi diabaikan.
Suasana yang 'extreme' untuk kesejahteraan iman.

Apa yang perlu kita buat?
Kenalah selalu check iman kita. Kena lebih berhati-hati.
Takut-takut kalau iman rosak.
Kalau iman turun sikit, cepat-cepatlah bertaubat.

Perbaharui iman.
Macam mana?
Banyakkan ucapan La ilaaha illallah.

Berlian dan harganya



Kalau nak cari berlian, biasanya pengusaha mesti gali tanah.
Dengan susah payah, kena gali tanah dan batu.
Kadang-kadang jumpa, selalunya tak.
Dan sebelum tu, orang yang mahu cari berlian mesti tahu nilai berlian dan macammana nak mengenalpasti berlian.

Once sudah jumpa, tidak cukup setakat tu sahaja.
Batu yang bernilai ni perlu di refine.
Kotoran-kotoran perlu dibersihkan, kemudian diukir dan digilap.
Then diletak kat tempat yang sesuai.
Akhirnya, baru lah kita boleh lihat cincin bertakhtakan berlian di kedai-kedai emas.
Kemudian, bila orang beli, baru lah dapat hasilnya.

Macam tu lah jugak, kita perlu tahu nilai nya harta, masa, dan kesihatan kita.
Tak cukup sekadar tahu, kita perlu usaha atas perkara ini dan letakkan harta masa dan kesihatan di tempat yang betul. Akhirnya barulah kita akan dapat manfaat, dan mendapat 'pulangan' dari hasil usaha tersebut.

Macammana caranya? Takda cara lain, hanya dalam mentaati perintah Allah, ikut cara Nabi SAW.

23 January 2008

Exams: 1st Class Degree, 1st Class Efforts.

Sekarang di university, ramai orang sibuk-sibuk persiapkan diri untuk exam.

Ada yang sanggup korbankan tidur. Dulunya tidur 8jam sehari dipendekkan jadi 6jam. Ada pulak yang sanggup tak tidur semalaman.

Kurang makan, kurang minum, kurang main, yang kerja pun kalau boleh mahu orang lain gantikan tempat kerja. Pendek kata semua orang sanggup korbankan masa, diri dan harta mereka.

Kenapa?

Kerana esok ada exam. Semua orang pun faham.

Kalau pass, boleh dapat sekeping kertas bernama degree.
Kalau fail, kena redo, kalau tak pun kena repeat.
Kalau dah repeat paper pun tak pass, kena repeat year.
Kalau ni pun tak dapat, natijah paling buruk ialah tak dapat degree.
Rugilah 4 tahun di University.
...

Namun yang pastinya kita semua akan ambil satu paper yang sama.
Semua kena duduk exam nih. Tapi exam ni kena ambil sorang-sorang.
Soalan ringkas tapi payah. Bukan otak yang jawab, tapi hati.

So, samalah macam exam yg kami ambil di Uni,
Exam ni pun kena ada preparations.
Kekadang kena tahan lapar, dahaga.
Kekadang kena tahan ngantuk.
Sediakan kelengkapan, pergi sana, pergi sini, kena berulang ke tempat persediaan.
Pendek kata perlu korbankan masa, diri dan harta.

Kenapa kita kena bertungkus lumus untuk exam nih?

Kita kena bertungkus lumus dalam exam ni sebab natijah lulus exam ni ialah kejayaan yang selama-lamanya. Itulah kejayaan yang menjanjikan kehidupan tanpa mati, kesihatan tanpa sakit, keremajaan tanpa tua dan senang-lenang tanpa susah payah.
Kalau dapat 'first class' itu lagi bagus!

Tapi sebaliknya kalau gagal exam ni, tak kan ada lagi repeat paper. Tak kan ada lagi repeat year. Those who failed will only sufferrr. Forreverrr and everrr. No returrrn. Rugilah kehidupan 60-70 tahun (bukan 4 tahun shj.), walaupun menangis airmata darah dan nanah sekalipun!

Jadi berapa banyak masa kita perlu guna untuk sediakan diri untuk exam nih?
Yang akan bagi kebahagiaan selama-lamanya? Yang kalau fail akan gagal selama-lama nya?

Takde cara lain, perlu kita beri masa, diri dan harta untuk preparation hari exam ni. Jadi seorang yang bijak bukanlah bermaksud seorang yang ada multiple degree, ataupun Master ataupun PhD, tapi:

"Orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati, dan membuat persediaan untuk mati."

Apa persediaannya?
Dua perkara: Iman, dan amal soleh.
Semoga berjaya!

Moga Allah luluskan kita dalam semua peperiksaan dan ujian, dunia dan akhirat.
Moga Allah SWT beri taufiq dan petunjuk kepada kita dan seluruh ummat.

Doakan aku yang nak amek exams nih....