28 October 2009

Terima kasih kita

Pada suatu hari, seorang lelaki telah menghadiahkan sebentuk cincin bertahtakan berlian kepada isteri kesayangannya. Isterinya amat surprise dengan hadiah tersebut dan berulang-ulang berkata kepada suaminya..."terima kasih abang, terima kasih. Awak ni memang sweet la".

Suami: Saya beli ni mahal tau sayang, so sayang jagalah cincin ni baik-baik ye.

Isteri: Baik bang, of course nampak mahal dan cantik cincin ni, terima kasih abang, terima kasih.

Suami: Eh, kenapa belek-belek aje, pakai lah sayang.

Isteri: OK. Terima kasih abang, terima kasih. Cincin ni memang cantik. Saya pakai sekarang ye.

Lalu si isteri pun telah mengenakan cincin yang bertahtakan berlian itu.
Namun, tiba-tiba muka suaminya menjadi merah padam dan hampir sahaja dia menempeleng muka isterinya.

Isteri: Kenapa bang, kenapa tiba-tiba marah ni? Apa yang salahnya? Terima kasih abang, terima kasih. Cantik cincin ni. Abang yang suruh saya pakai, saya dah pakai dah pun. Tengoklah saya...cantik kan jari kaki saya bila pakai cincin ni? ~_~



.

26 October 2009

Hubungan kita dengan Solat

Kita akan bersedih apabila ada apa-apa terjadi kepada sesuatu yang ada hubungan dengan kita.

Contohnya apabila sebuah kereta dicalarkan seseorang, maka orang akan kata ini satu perbuatan yang kejam. Namun yang paling bersedih ialah orang yang empunya kereta itu sendiri. Kenapa? Sebab dia ada hubungan dengan kereta tersebut. Orang lain tak kan merasakan perkara yang sama melainkan kereta mereka pun dicalarkan

Begitu juga, apabila seorang anak kecil dalam satu keluarga meninggal dunia, maka orang sekeliling akan berasa sedih atas pemergiannya. Namun yang paling bersedih ialah ibu kepada anak itu. Kenapa? Sebab si ibu tersebut ada hubungan yang paling erat dengan anak itu. Orang lain takkan merasakan perasaan yang sama seperti ibu tersebut melainkan anaknya sendiri yang meninggal dunia.

Dalam nisbah yang sama, ulama telah menyatakan bahawa jika hari ini seseorang itu bersedih apabila solah ditinggalkan, ini bererti orang ini ada hubungan dengan solah.

Namun sedara sedari sekelian, jika hari ini kita tiada rasa sedih apabila solah ditinggal-tinggalkan, maka itu bererti kita langsung tiada hubungan dengan solah.

25 October 2009

mengapa nazri tak update blog?

maaf lah ye para pembaca sekalian, saya tak mampu untuk mengupdate blog sejak sekian lama.
InshaAllah coming soon...

patutnya time2 'panas' ni lah paling bagus untuk menulis.
InshaAllah coming soon...

.