26 January 2010

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



Lirik oleh: xxx
Di popularkan oleh: Ukays

20 January 2010

Kenapa Belajar?

Semalam Ustaz Hadi dari MDE telah datang beri tazkirah di Surau Al-Hikmah SS18.

Dalam perkongsian itu, beliau telah beri satu peringatan yang sangat berguna iaitu hendaklah kita kejar akhirat kerana itulah tempat yang akan kita tinggal selama-lamanya. Sedangkan dunia ini pula adalah tempat tumpangan buat sementara waktu.

Antara intisari lain yang saya dapat lebih kurang:
  • Apabila seseorang itu berusaha untuk akhiratnya, maka dunia ini akan jadi tempat untuk dia bercucuk tanam menanam modal. Dia tidak akan jadikan dunia ini tempat bersedap-sedap.
  • Manakala amaran juga diberikan untuk tidak mengejar dunia. Sesiapa yang mengejar dunia maka dia seumpama kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
  • Dalam mempraktikkan visi akhirat ini seseorang itu bagaimanapun harus memberi masa untuk menunaikan haq-haq orang lain terhadapnya. Ada masa untuk amalan masjid, untuk keluarga dan untuk keperluan/kerja.
  • Kemudian ada juga di sentuh tentang niat mencari 'ilmu. Sesiapa yang mendapatkan dunia dengan ilmu agama maka dia akan rugi kedua-duanya sekali. Manakala sesiapa yang membelakangkan dunia untuk agama maka dia akan dapat kedua-duanya sekali.
  • Buktinya adalah ulama-ulama terdahulu. Mereka zuhud tetapi dunia bawah kaki mereka. Dan takde siapa pun yang rugi apabila mendahulukan agama/akhirat, dulu, kini dan selamanya.
  • Sebaliknya, yang selalu tidak tenang ialah orang yang mengejar dunia membelakangkan akhirat.
  • Oleh itu, niat menuntut ilmu kena betul, hanya kerana ALlah. Jika tuntut ilmu niatnya tak betul seperti untuk jadi pandai berkata-kata, nak berdebat, berhujjah, berlawan dengan orang lain, untuk pandai jadi penulis blog, maka inilah kerugian yang paling besar bagi seseorang. Dunia tak dapat, akhirat pun hancur. Rugi sangat-sangat.
  • Jadi, menuntut ilmu itu niatnya harus lurus, iaitu untuk memperbaiki/islah diri sendiri..

17 January 2010

Wajah Baru

Alhamdulillah.

Hari ini aku telah putuskan tanpa meshuarat untuk mengubah wajah blog ini. Harap pembaca semua lebih senang dengan layout baru ini. Terima kasih dan jazaakumullahukhaira kerana sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini.