19 December 2008

Nabi Tidak Buat Silap

BismillaahirraHmaanirraHeem

Assalamualaikum wbt,

Tadi kami dok dalam study circle. Syeikh Omer El-Hamdoon yg lead the circle.
Masya Allah, satu pengisian yang sangat penting. Dia cerita mengenai Nabi-Nabi Allah dalam al-Quran dan cerita mengenai mereka. Selalu juga kita jumpa cerita Nabi 'buat dosa' tapi sebenarnya bukan lah mereka berbuat dosa, apa yang sebenarnya berlaku sebenarnya tafsir yang tidak tepat.

Sebagai contoh cerita tentang Nabi Sulaiman yang ALlah telah puji dia dalam satu ayat Quran surah Shod ayat 30. Syeikh kata, umumnya apabila kita puji seseorang dalam sesuatu permulaan cerita, maka cerita yg seterusnya adalah sebagai menghuraikan pujian tersebut.

Cerita 1
Selepas ayat tersebut, diceritakan bahawa Allah telah menguji Nabi Sulaiman AS dgn kuda dr ternakan yang baik. Maka Nabi Sulaiman sukakan kuda-kuda tersebut. Kata Syeikh bukanlah kerana kuda tersebut tetapi dia sukakan kerana Allah sukakan Jihad.

Kemudian kuda-kuda tu pun berlari sehingga hilang ke ufuk, maka Nabi Sulaiman telah perintahkan supaya kuda-kuda itu dibawa pulang dan kemudian diusap kuda-kuda tersebut sebagai pujian dan semangat.

Itu yg aku ingat drpd cerita syeikh.
Dia kata memang kalau nak paham ayat tu kena mendalami bahasa arab dan bbrp ilmu asas yg lain.

Kalau tak akan jadi lah Cerita 2 nih

Cerita 2
Namun, Syeikh juga menerangkan bahawa ada tafsir yang tidak tepat, mengatakan bahawa Nabi Sulaiman telah leka dengan kuda lalu leka daripada mengingati ALlah.

Kemudian ia (ditafsirkan sbg matahari) hilang di ufuk barat, dan lalu Nabi Sulaiman terlupa solat Asar (na'uzubillah!).

Kemudian dipanggil semua kuda tersebut dan dipotong kaki dan leher setiap kuda tersebut.

Mana yang betul?

Cerita 2 ini tidak tepat sebab pertama ia menunjukan kelemahan seorang Nabi AS dan kedua ia tidak cocok dengan pujian ALlah pada ayat sebelumnya. AKu nak komen lebih2 pon bukan aku dah mendalami ilmu tafsir ni. Cume ni jela lebih kurang aku nk smpaikan dr ape yg aku dengar.

Banyak lagi contoh yang diberikan oleh Syeikh ttg kesilapan menafsir cerita2 tentang Nabi, yang dikaitkan dengan "Israeliaat" daripada ahli-ahli kitab yang umumnya cerita-ceritanya mempunyai sifat tidak menghormati Rasul-Rasul Allah dan meletakkan mereka seperti orang-orang biasa (na'uzubillah).

Penyelesaian
Jadi, kita kenalah berhati2 tentang menafsirkan ayat2 Quran. Sebelum kita mendalaminya, perlu dahulu belajar prinsip2 asas. Jika ia lemah, maka ini akan membahayakan diri kita dan orang2 yang terpengaruh dengan kata-kata kita.

Syeikh kata, nak belajar ni kena berguru kerana

"Ulama waris para Nabi"

17 December 2008

Short Circuit

Assalamualaikum wbt,
Smlm aku berjaya letupkan satu potentiometer kat dlm lab.

Sbbnya belum aku selidik.

Basically aku sambungkan 2 kaki potentiometer kpd +15Vac dan -15Vac. 
Then, tanpa membumikan scope's probe aku terus sambung probe tu kat kaki yg ketiga.

Hasilnya agak best. Satu bunyii mcm orang makan keropok.
Itu takpe, sbb ia cuma potentiometer.

Yang sadisnya Oscilloscope tuh. 
....dah x betul sgt dah. 

Moga Allah ampunkan aku.


.

08 December 2008

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum, lama dah tak tulis pape kat blog sendiri.

Selamat Hari Raya kepada semua. Moga tahun ni lebih baik dr tahun lepas.

Tadi kitorg ade majlis buka puasa beramai-ramai 'dekat' rumah kitorg, Alhamdulillah ade orang sponsor. Moga Allah balas jasa brother tuh. Mmg dekat rumah kitorg...masjid. hihi.

Mmg untung la duduk dekat masjid nih. Syukur kepada Allah, kemudian terima kasih kpd roomate aku yg selalu tekan syor untuk dok masjid. Hihi.

Musim haji nih, ingatkan kita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Millah ini Allah telah pilih untuk Nabi SAW dan juga ummat ini.
Moga Allah beri kita taufik untuk buat kerja agama.
Sesungguhnya Maha Suci Allah daripada memerlukan kita.
Kitalah yang sebenarnya berhajat kepada Agama ini.

Aku azam untuk pergi haji tahun depan.
InsyaAllahu taala.