26 October 2010

Teman Yang Kita Tidak Sukai

Manusia tak suka empat perkara:
1. Gelap - sebab itu lah org takut untuk keluar waktu malam. Mahu duduk rumah yang ada lampu.
2. Sempit - jadi orang suka tinggal di dalam rumah besar.
3. Sunyi - kita perlukan teman.
4. Panas - sebab tu orang pasang aircond.

Saudara-saudari sekalian,
Hakikatnya kesemua empat perkara ni ada dalam kubur yang kita bakal pergi nanti.
Untuk padamkan kegelapan, luaskan kubur, dapatkan kawan yang baik dalam kubur, dan nak dapatkan aircond hendaklah kita bersedia dengan iman dan amal soleh.
Kubur: samada taman daripada taman-taman syurga ataupun lubang dari lubang-lubang neraka.
Bila masanya nak sedia? Tentulah sekarang masanya.
Segeralah baiki iman dan amal kita dan jangan bertangguh. Macam satu proverb kata,
"Masa yang terbaik untuk menanam pokok ialah 20 tahun lalu. Masa yang kedua terbaik ialah sekarang."

25 October 2010

Du'a Pengemis

Ada seorang pakcik ni yang terkenal dengan kekerasannya terhadap pengemis. Saya namakannya 'Pak Abu' dalam cerita ni. Pak Abu merupakan orang kaya jenis yang tak termakan dek pujukan pengemis. Al-maklum, bandar-bandar besar di India memang ramai pengemis. Dia memang masak dengan taktik-taktik pengemis ni. Datang sahaja pengemis, dia 'bo' layan sahaja.

Satu hari, dia telah menaiki kereta dibahagian penumpang ditemani seorang kawan baiknya, sambil dipandu oleh drebar nya. Dalam perjalanan tersebut, mereka telah lalu dijalan yang sempit, dan dengan itu menyebabkan kereta bergerak perlahan-lahan. Tiba-tiba kereta itu telah ditahan oleh seorang pakcik yang kurus kering. Tangannya berdarah dan dibalut dan diikat ke lehernya.

'Ni mesti nak mengemis ni', bisik hati Pak Abu. Pengemis tu terus ke tingkap penumpang dan mengadu tentang keadaannya yang sempit dan memerlukan bantuan kewangan. Dan Pak Abu macam biasalah, 'Bo' layan sahaja, walaupun pakcik pengemis tu tetap merayu-rayu meminta sedekah dengan muka yang kesian. Membe kat sebelah sound dia awal-awal, jangan percaya je pakcik tu...menipu aja.

Kemudian, tak pasal-pasal pakcik pengemis tu telah melutut dan broken, menangis teresak-esak sambil menadah kedua-dua tangan yang berbalut sebelah tu dan merayu...'Tuan sahajalah harapan saya, tuan sahajalah harapan saya'.

Pak Abu tersentuh dengan keadaan pengemis itu, dan turut kasihan melihat keadaannya. Dia lantas mengeluarkan seberapa banyak rupee yang ada dipoketnya, lalu memberi kepada pengemis yang masih lagi berlutut. Suka benar pengemis tu, lantas menangis kegembiraan. Dia meletakkan wang yang diperoleh antara kedua tapak tangannya, bertambah kuat tangisannya, memuji kemurahan Pak Abu lalu berterima kasih. Pak Abu pun lantas meminta drebarnya terus memandu.

Selepas beberapa ketika, kawannya yang disebelah bertanya. 
"Kau hari ini lembut hati pula ya. Biasanya tak bagi muka pada pengemis."
"Kesian la kat abang tu tadi...dah la injured, nak bagi anak beranak makan lagi." Pak Abu menjelaskan.
"Kamu tahu tak siapa pakcik tu?" tanya rakannya.
"Mana lah aku tahu!" Jawab Pak Abu.
"Rumah banglo dia ada je berdekatan dengan lorong tadi tu. Kalau kamu nak tahu, dah bertahun dia buat kerja mengemis ni." Jawab kawan baiknya itu.

Tersentak Pak Abu mendengar cerita sebenar dari kawannya. Huhu
"Apesal kamu tak sound aku awal-awal tadi?"
"kan aku dah cakap tadi, dia ni menipu je. Kamu je yang lupa pesan aku."

Moral:
Begitulah seorang manusia yang keras hati macam mana pun, apabila dirayu boleh memberi perhatian kepada peminta.

Inikan pula al-Rahman al-Raheem. Harini, kita kena minta pada Allah macam mana pengemis tadi minta pada orang kaya tadi. Malah lebih dari itu kita kena minta. Kita tunjukkanlah kelemahan kita pada Dia, mengadu, pasrah pada Dia. Maka Dia akan belas kasihan pada kita. Kita kena yakin bahasanya kalau Allah tak selesaikan masalah kita, maka tak ada siapa lagi yang dapat selesaikan. Buangkan keyakinan kita kepada selain dari-Nya, kemudian barulah kita mampu berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.

Hakikatnya memang kita 100% bergantung harap pada Allah, cuma kita sahaja yang sedar atau tidak. Waktu-waktu 'emergency', barulah manusia teringatkan Allah. Sesetengah manusia telah berjanji pada Allah dengan 'nazar' yang macam-macam. 'kalau Kau selesaikan ni, aku akan buat amalan sekian-sekian'. Tetapi sangat buruk perbuatan mereka dan malangnya, setelah masalah selesai dia mula yakin yang salah pada dirinya sendiri dengan berfikir, "sebab usaha aku lah, masalah ni selesai". Dia lupa bahawa dia pernah berdoa pada Allah dahulu lantas melupakan janjinya dahulu ketika susah.

Semoga Allah jauhkan kita daripada sifat ini.


27 August 2010

Sudah Separuh Bulan

Alhamdulillah, sudah lebih separuh bulan di dalam ramadhan. satu rahmat yang tidak terhingga daripada Allah. tetapi kita je la yang tak tahu menghargainya.
kalau lah kita tahu, mesti punyalah kita tak jadi macam kita sekarang ni.

Tadi aku terpaksa beri tazkirah ramadan kat ofis mates. Rasa janggal tapi aku redah juga lah, dengan kekeringan diriku. Memula nak cakap pasal benda lain, tapi bila dah kat depan tu tak terkeluar apa yang nak dicakapkan. hilang fokus orang kata. Takpelah, dah jadi tu jadi lah dan semoga sikit tazkirah tu memberi manfaat (memang pasti, sebab Allah dah janji).

Yes it is sangat embarassing dan segan dengan Allah sebab aku tak cakap banyak tentang kebesaran ALlah (dah lama tak dapat buat ni), yet, I am thankful to Allah for giving me the chance to speak infront of my seniors (aku la yang paling muda di kalangan mereka....pangkat adik, anak, mungkin cucu). Also thanks for them yang seniors ni yang sudi mendengar bebelan aku ni, yang sendiri pun banyak dosa. Seriusly, diorg mmg banyak sabar bila mendengar aku punya tazkirah yang agak 'plain' dan membosankan. Aku mmg respek la, sbb aku ni orang bawahan, diorg senior dan atasan tapi masih beri masa untuk mendengar. Ini satu sifat yang terpuji, dan tanda orang yang tiada takabur dalam hati. Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga aku dapat lebih banyak sifat terpuji dalam diri orang-orang dalam ofis ni. Ameen.

Satu lagi, kredit untuk Haszeli yang telah menyediakan satu vid clip yang mengajak supaya kita lihat kebesaran ALlah taala. Its like a saviour to me. This is what i wanted to say heavily really, but he helped me do that. Alhamdulillah...

Kembali pada tajuk, kita dah separuh di dalam bulan Ramadhan, jom sama-sama tingkatkan kutu  mutu iman dan amalan kita. Bz kan diri dengan 4 amalan masjid Nabi: dakwah, taklim taklum, ibadah, dan khidmat.

17 August 2010

Ustaz ada?

Semalam aku dapat tiga kali miscall daripada nombor yang tak dikenali.
Tiga kali miscall, ulangan tu memang just right la. Macam kalau kita ketuk pintu bagi salam kali orang tak jawab, kita blah aje dengan sangka baik. Walaupun takde kait mengait, tetapi ulangan miscall tiga kali tu menyebabkan aku selesa untuk call balik walaupun number itu tak dikenali.

Kemudian aku dengar suara orang perempuan yang tak berapa reti cakap bahasa melayu dialek melayu, i.e. macam gaya 'amoy'. Aku tanya siapa dia, dia kata saya siapa. Kemudian saya tanya mau cari siapa, dia kata mahu cari ustaz. Saya kata saya bukan ustaz. Dia kata ada orang masuk hospital, mahu bagitahu ustaz. Tapi saya kata saya bukan ustaz. Dia kata ustaz ni orang masjid? Saya kata masjid mana? Dia kata dia di xxx (tak ingat ape die sebut). Dia tanya lagi saya kat mana? Saya kata saya kat kinrara. Dia kata Ooooh, betullah. Lagi dia kata Abdullah (bukan nama sebenar) dah masuk hospital, dia mahu bagitahu sama ustaz. Saya kata saya bukan ustaz. Dia kata ni Abdullah suruh cakap pada ustaz. Tapi saya bukan ustaz. Dia tanya nama saya siapa. Saya kata saya Muhammad. (there's no lie, my name is Mohd. Nazri). Then dia kata, haa betulla. (aku hairan!). Lepas tu aku pon kata haaa...Abdullah tuu. (baru lah teringat).

InshaAllah aku nak gi ziarah pakcik ni harini.
Aku tak kenal pun, tapi pernah jumpa dua kali je.
Dia merupakan seorang revert yang baru, manakala perempuan yang telefon tadi tu merupakan saudaranya yang masih belum memeluk Islam.

Semoga Allah beri dia hidayah juga. Ameen.

16 August 2010

Ramadhan Sudah Tiba

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan berlalu. Kalau lah kita tahu apa yang Allah letak pada bulan Ramadhan ni, mesti kita mahukan bulan-bulan lain pun jadi bulan Ramadhan. Bulan ini sahajalah yang disebutkan namanya dalam al-Quran.

Jadi, inilah peluang keemasan kita untuk beramal. Kalau lah kita dapat offer untuk beli kereta dengan harga 70kali lebih murah, mesti punyalah kita terkejar-kejar nakkan kereta tu. Bayangkan kalau kereta Myvi RM30k, dapat dibeli dengan harga RM500. Orang ramai akan sanggup sikitkan belanja untuk perkara-perkara lain untuk dapatkan tawaran terhad harga kereta murah tersebut. Ini untuk perkara dunia kan. Semua orang pun pakat-pakat faham.

Tapi ALlah ada yang lebih baik daripada dunia ini, iaitu ganjaran di akhirat kelak. Yang mana pada hari tu, demi satu pahala pun seorang lelaki sanggup campak anak, isteri, keluarga dan sahabat handai ke dalam neraka untuk dia sendiri terlepas dari azab neraka. 'Pahala' yang merupakan satu perkara yang kita pandang enteng harini, akan terserlah nilainya kat akhirat kelak. Satu dunia ni pun tak dapat beli nilai pahala. Maka pada bulan ini Allah memudahkan kita beramal dengan adanya suasana. Syaitan-syaitan diikat, orang ramai pun hatinye lembut untuk kearah kebaikan. Betapa malang seorang yang masih bersenang-senang tak mahu tingkatkan hubungan kita dengan Allah.

Semoga ALlah mudahkan saya untuk tingkatkan amalan pada bulan ini dengan dakwah, taklim-taklum, ibadah dan khidmat.

.

21 July 2010

Syarat Masuk

Dunia ini merupakan tempat yang sementara waktu sahaja.
Seorang yang senang akan senang sementara, yang susah pun susahnya sementara.


Sedangkan di akhirat, itulah kehidupan yang kekal abadi, untuk selama-lamanya.
Seorang yang bahagia, akan bahagia selama-lamanya. Semoga Allah jadikan kita seperti itu.


Seperti hari ini, jika kita nak masuk sebuah hotel mewah, kita perlu keizinan daripada empunya hotel tersebut.
Apa-apa syarat yang empunya hotel telah letak, perlulah dipatuhi. Dan perkara ini lazim diketahui ramai.
Untuk itu, ramai yang rela mematuhi syarat tanpa banyak tanya. Contohnya, mereka tidak dibenarkan bawa durian dan manggis. Kemudian, sudah tentulah mereka perlu membayar sewa ikut saiz dan kualiti bilik yang diminta.
Lebih banyak kita boleh bayar, makin kualitilah layanan dan bilik yang disediakan.






Begitu juga untuk mahligai Syurga di akhirat kelak. Mahligai tersebut ada pemiliknya.
Untuk memasuki syurga tersebut, tidak dapat tidak, perlulah kita memnuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik syurga itu. Jadi apabila syarat telah ditetapkan, tidak perlu lagi disoal tentang relevannya syarat tersebut, kerana syurga tu Dia yang punya, ikut kehendak Allah-lah apa syarat yang hendak dia tetapkan. 


Syarat itu adalah iman.


Begitu juga, qualiti dan saiz syurga tersebut bergantung kepada harga yang dapat diberi oleh pembelinya. Lagi banyak harga yang dapat diberi maka lagi tinggi lah kualiti yang akan diperolehi. 


Harga itu tidak lain dan tidak bukan ialah amal soleh.


Harga amal soleh ini tidak ada tolok bandingnya dengan nilai dunia ini. Satu 'Subhanallah' diganjarkan satu pokok di syurga yang lebar bayang-bayangnya tidak mampu direntasi oleh seekor kuda yang terpantas selama 500 tahun. Kalau dianggarkan, 500 tahun perjalan kuda adalah beribu-ribu kali lilitan bumi ini. Bayangkan pula besar pokok tersebut.


Jadi untuk itu, hendaklah kita bersegera melakukan amal-amal soleh, dan janganlah dipandang remeh amal soleh ini, walaupun sebiji kurma. Dalam masa yang sama, kita berlumba-lumbalah dengan kawan kita terhadap amalan ini kerana darjat dua orang yang mempunyai beza satu 'Subhanallah' sahaja beza antara mereka melebihi langit dan bumi.

07 July 2010

Nota dari Kelas

Alhamdulillah, semalam ada satu lagi kelas pengajian dari salah satu kitab shama'il.

Antara point-point yang aku nak share:

1. Maksud dan tujuan mempelajari hadith adalah untuk mendapatkan cinta dan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.

2. Alam ghaib itu ada banyak lapisannya. Para malaikat mahupun jin juga mempunyai ilmu yang terbatas. Ada banyak perkara ghaibiyyah yang dapat dilihat oleh orang-orang yang mempunyai kashaf. Namun ia bukanlah kesempurnaan.

3. Antara tanda akhir zaman ialah orang yang terkemudian mencela orang-orang salafussoleh yang awwal. Ini berlaku kerana kefahaman yang dangkal, menyebabkan mereka mudah dan cepat menilai orang.

4. Ilham boleh datang dengan tiga cara:
     a. Malaikat - sifat ilhamnya datang sekali sahaja. Contoh: kejutan waktu subuh. Kalau tidak dihiraukan, akan tak datang lagi.
     b. Shaitan - sifatnya tergesa-gesa, walaupun nampak macam bagus.
     c. Direct daripada Allah.

   Jadi, kita kena kenal lah, kalau idea yang terlintas kat hati kita tu datang dari mana. Takut-takut ianya dari Shaitan laknatullah.
* Shaitan pun dari Allah juga, dihantar untuk menguji manusia, supaya manusia tiada jalan lain selain daripada meminta perlindungan daripada Allah.


Wallahu a'lam.

30 June 2010

Allah yang Tolong

Betul lah orang selalu kata: hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Semalam, aku berazam untuk buat gasht, namun secara logiknya tak terbuat pon.
Mana tak nya, aku seorang shj yang berfikir nak buat gasht, dan aku tak mesyuarat dengan sesiapa pun daripada orang surau untuk berkumpul untuk dirikan amalan yang sangat penting ini.

Hari itu, aku minta pada Allah untuk pilih aku buat gasht. Aku tak ada idea langsung pun macam mana nak buat gasht ni.

Hinggalah waktu magrib yang ketika itu aku masbuq. Aku ternampak kelibat seorang Indian yang tak pernah aku kenali bersama-sama solat pada saf hadapan. Usai solat, wirid, doa, dan solat sunat, orang tempatan pun mulalah beramah mesra dengan saudara tersebut. Melalui perbualan itu, dia telah memberitahu bahawa dia adalah seorang yang baru sahaja memeluk Islam.

Alhamdulillah, dan dia telah mencari-cari di manakah masjid yang terdekat untuk dia solat berjemaah. Rupanya rumah dia bukanlah dekat, dengan kereta pun dalam lebih kurang 5 minit. Subhanallah, tengoklah kesungguhan seorang hamba Allah ni, walaupun tak pernah tahu di mana surau/masjid, namun kerana kemahuan dia untuk mencari rumah Allah, Allah sendiri menunjukkan nya kepada surau kami. Berdekatan surau kami itu, bukanlah tak ramai orang Islam, namun kerana tidak mahu...kuat mana pun azan dilaungkan tetap juga tak mahu datang.

Setelah berbincang sedikit sebanyak tentang ehwal dia sebagai bekas penganut agama hindu, aku pun terlintaslah untuk buat gasht. Mula-mula agak takut juga nak bawa orang baru pergi gasht. Biarlah dia belajar dulu kan. Tapi, Allah telah lintaskan dalam fikiranku, bahawa dengan perantaraan amalan dakwah ni lah yang sebenar-benarnya dapat selesaikan masalah dia. Jadi dia pun dipujuk untuk sama-sama turut serta program jaulah mingguan. Alhamdulillah, dia bersetuju. Walaupun dia orang baru, namun tiada masalah kerana sememangnya setiap kali jaulah dimulakan, ia perlu dimulakan dengan briefing (bayan hidayat) untuk membentuk fikir, jazbah dan tertib yang betul ketika keluar jaulah.

Jaulah dilakukan seperti biasa, dan ditangguhkan sebelum Isha'. Saya pun terkejut kerana sahabat baru kita ini sendiri telah berterima kasih banyak kepada kami kerana mengajak dia buat jaulah. Katanya, bebanan pada fikirannya telah terlerai selepas jaulah, dan ingatan terhadap pengorbanan Nabi sollaAllahu 'alaihi wasallam kembali segar dalam hati dan ingatannya. Alhamdulillaah. Dia pun berazam untuk melakukan usaha yang sama selepas ini. Dia juga meminta untuk kita mendoakan untuk ahli-ahli keluarganya supaya sama-sama mendapat hidayat.

Wallahu a'lam.

29 June 2010

Nota dari Kelas


Alhamdulillaah, I've attended the first arabic class yesterday.
Alhamdulillaah, I learnt a lot from this class. Not just information that I gained, but more importantly beneficial knowledge.

Some points I've learnt:

1. Sesiapa sahaja boleh menjadi wali Allah. Seorang yang boleh terbang dan berjalan atas air, tidak semestinya dia seorang yang rapat dengan Allah kerana perkara ini pun boleh didapati melalui ilmu-ilmu sihir. Bahkan, ukuran wali Allah ialah sejauh mana dia mentaati Allah dan mengikuti Sunnah RasulNya. Jadi janganlah kita terpedaya dengan perkara-perkara pelik yang berlaku pada sesetengah individu. Dalam masa yang sama, kita hendaklah berhati-hati dalam melayan hamba-hamba Allah, kerana mungkin orang tersebut ialah wali Allah. Sesiapa yang menyakiti wali Allah, Allah sendiri yang akan 'setel'kan dengan dia.

2. Antara tanda pada para wali ialah mereka mempunyai sifat ketelitian dalam setiap perkara.

3. 'Abduhu (Hamba-Nya) ialah gelaran yang paling tinggi dan mulia. Inilah gelaran yang Allah beri kepada manusia-manusia yang Dia cintai. Sebab itulah dalam syahadatain, kita diajar (...Muhammadan 'abduhu, wa rasuuluh) yang mana gelaran 'abduhu diletak sebelum rasuuluh.

Wallahu a'lam.

28 June 2010

Kelas Bahasa Arab

InshaAllah malam ni akan dimulakan kelas bahasa arab menggunakan kitab Qishashul Anbiya.
I really hope that I will get the full benefit from this class.

Ameen.

02 June 2010

Toilet

Dalam tandas itu, ada tandas cangkung, dan tandas duduk untuk orang-orang yang 'kurang upaya'.
Bilangan pun tak kurang banyaknya, orang yang datang pun tak ramai.

Malang sungguh, walau begitu tu pun, masih ramai yang memilih untuk kencing berdiri di open space.

Kalau yang jenis tak bersunat tu, aku faham lah sebab diorg memang tak belajar untuk mementingkan kesucian untuk solat. Mereka pun tak perlu solat. Jadi kencing diorg berdiri ke cangkung ke, cuma akan menjejaskan kesihatan mereka.

Yang aku sedihkan ni ialah orang-orang yang bersunat lah. Bukan ke kita ni kena solat? Kalau dah intinjak pun tak betul, macam mana la solat nak diterima? Kesian aku tengok diorg, penat-penat solat tapi ganjaran takde.

Kebanyakan orang yang kena seksa kat kubur ialah kerana tak perihatin terhadap intinjak lah.
Aduhai alahai...

Kalau orang kena tembak dan kena bakar, aku tak bersedih sangat sebab diorg ada chance to die as shuhada. Dosa diampunkan bagi orang shahid. Sedih dan kasihan la juga la kan. 

Ini depan mata, jelas-jelas sedara ni buat amalan ahli neraka, itu lagi la sedih. Satu solat di'qadha'kan dengan sengaja, akan menempah neraka selama satu huqub, iaitu lebih kurang 280 juta tahun dunia ni. Bukankah ini yang perlu kita lebih risaukan? Ini kan pula mereka yang tak solat? Lepas tu orang ajak solat, dia bagi alasan seluar tak bersih la pula. Tu le, siapa suruh cari pasal?



19 May 2010

Tarikh Raya

Dengan ini aku mengumumkan bahawa tarikh raya aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 1 Syawal. Harap maklum.

04 May 2010

The Statement that the Emperor of China made about the Sahabah

 Yazdgird (The Emperor of Persia) once wrote to the Emperor of China to seek reinforcements. Addressing the Persian envoy, the Chinese Emperor said,

"I know well that it is the duty of any Emperor to assist another against those who are overpowering him. However, I want you to describe to me these people who are driving you out of your lands because I gather from what you said that they are fewer in number than you..."

*This is an excerpt from the last story from the Book Hayatus-Sohabah. And lately, I watched in a documentary channel about Sun-Tzu's 'The Art of War' written around 600 BC (more than a thousand years before the birth of the Saiyidul-Anbiya'i wal Mursaliin). This book has inspired many leaders in winning their war, be it physical wars between countries or even in sports. Although China has a long history of warship, yet they know for sure that they can never win againts the Sahabah. Why? (To find out, please read on, find the page 82 from the .pdf)

03 May 2010

Modern Slavery

Aku kesian kat para wanita hari ini.

Mereka kena tipu, tetapi tidak sedar ditipu. 

The problem is, how to get people out from this modern age deception?



14 April 2010

Di mana mulia dan hina

Kalaulah betul hanya orang yang beriman ni Allah muliakan, kenapa kita nampak orang Islam ada yang hidup susah?
Dan kalaulah benar orang yang tidak beriman ni Allah pasti hinakan, kenapa kita nampak ramai je orang yang tak beriman tetapi tetap dapat hidup snang lenang?

Jawapannya, sebab mulia dan hina itu bukanlah diukur dengan harta atau pangkat. Bahkan, mulia atau hinanya seseorang tu tiada kait mengait langsung dengan harta dan pangkat.

Then, kenapa orang Islam hidup susah?
Aku kata, sebab Allah sayang kat dialah dia dapat susah. Kat hari kiamat nanti orang-orang yang ditimpa kesusahan akan nampak dengan mata lendir nye sendiri, apakah ganjaran yang Allah bagi untuk kesusahan itu. Hatta orang yang tak pernah dapat susah kat dunia ni dulu berharap-harap alangkah bagusnya kalau dulu kat dunia dia tak pernah dapat hidup senang, dan dagingnya dicincang-cincang.

Plus, kita ni kan banyak dosa. Dan Allah Maha Adil. Allah pasti akan balas setiap perbuatan kita yang baik atau yang buruk. jadi, kesusahan yang menimpa kita samada sengal-sengal sendi, sakit, demam, pening, tension, stress, hilang harta dsb itu adalah kafarah bagi dosa-dosa kita, Allah nak jadikannya sebab/excuse untuk tidak seksa kita atas dosa kita yang seluas lautan setinggi gunung ni diampunkan.

Sehinggakan kalaulah ada seorang hamba yang pening kepala satu malam sahaja, maka Allah akan bersihkan dia dari dosa sampai takde dosa dah...sayang kan Allah kat kita?

On the other hand, bagi orang yang tidak beriman pula, Allah pon Adil terhadap mereka. Mereka pun ada buat baik jugak kan..macam suka tolong orang, suka senyum, derma dsb. Bagi mereka, syurga telah diharamkan untuk mereka disebabkan dosa syirik yang tak mungkin diampun. Jadi dekat dunia ni sahaja lah tempat untuk membalas amalan-amalan baik mereka. Janganlah kita hairan dengan kurniaan Allah kepada mereka. Kalau Allah mahu, boleh sahaja Allah beri mereka istana-istana dari emas dan perak belaka pada setiap seorang. Tetapi untuk menjaga hati orang beriman, Allah tak buat macam tu. Kita berharap-harap sangat supaya Allah keluarkan mereka dari kesesatan kepada jalan hidayat. Kerana kat akhirat nanti, salah seorang manusia yang tak pernah susah kat dunia akan dicelupkan ke dalam neraka untuk sekelip mata sahaja. Kemudian orang ini akan ditanya, "pernah ke kamu rasa kebahagiaan kat dunia?" walaupun dia memang pernah rasa hidup senang dari lahir sampai ke hujung hayat, dia akan kata, "aku tak pernah rasa hidup senang pon."

Begitu dashatnye seketika berada di neraka, kan?

Jadi, bagi mereka yang sedang mengalami kesempitan hidup, janganlah berasa susah hati sangat. Bersabarlah kerana balasan sabar ialah ganjaran tanpa hisab. Kalau kita rasa kita hidup susah, ingatlah bahawa Nabi sollaAllahu 'alaihi wa sallam telah disusah-susahkan untuk agama, lebih daripada sesiapa yang telah dan akan hidup di dunia ini, sedangkan dialah makhluk yang terulung. Kalau nak dibandingkan susah yang kita alami dengan susah yang Baginda alami, macam debu-debu dengan gajah sahaja.

Manakala bagi mereka yang hidup senang, bersyukurlah dengan kurniaan Allah tersebut dengan membelanjakan apa yang Allah beri di jalan Allah. Janganlah tertipu dengan kesenangan sedangkan kita bergelumang dengan dosa maksiat. Mungkin kesenangan dunia itu adalah perangkap istidraj dari Allah...wa na'udzubillahi min dzalik.

Kemuliaan sebenar adalah di akhirat, yang kekal selama-lamanya.
Kehinaan sebenar adalah kehinaan di akhirat.

10 April 2010

Tak ada Idea II

Cerita balik pasal mulia dan hina ni kan,
Teringat aku pada doa Qunut yang di baca setiap waktu subuh.

Dalam bahagian kedua (yg part kita pakat baca senyap-senyap tu), kita baca:

wa innahu la ya'tz'illu man waalayit
wa la ya'izzu man 'aadayit.
dan sesungguhnya Dia tidak akan menghinakan sesiapa yang dijadikan waliNya
dan sesungguhnya Dia tidak akan memuliakan sesiapa yang dijadikan musuhNya

Jadi kalau kita nak mulia, jadilah orang-orang yang sukakan Allah.

ps: Member selalu tanya soklan ni...Tahu tak kenapa imam baca kuat-kuat doa Qunut bhgn pertama, kemudian senyap-senyap sahaja baca bhgn seterusnya? Kenapa ah?

06 April 2010

Tak ada idea

I've no idea what to write.

Namun, saksikanlah bahawa sesungguhnya tiada yang dapat memberi manfaat melainkan Allah,
dan tiada yang dapat memberikan mudharat melainkan Allah.

Dalam keadaan seorang yang tak punya apa-apa kebendaan dan pangkat, Allah boleh angkat dia dan muliakan dia. Contoh: Nabi Isa alaihis-salam.

Dalam keadaan seorang yang punyai pangkat yang tinggi dan harta yang banyak, Allah boleh hinakan dia tanpa menarik balik harta dan pangkat. Contoh: Namrud.

Moga Allah selamatkan kita daripada kehinaan dunia dan akhirat.
dan Moga Allah muliakan kita seperti Dia telah muliakan orang-orang yang dekat dengan-Nya.

Ameen.

23 March 2010

Doa Makan

Apakah adab-adab makan?

Adakah kita ambil berat tentang adab makan, walaupun sudah bertahun-tahun makan?

Kalau kita amalkan adab makan setiap kali makan, maka ia akan jadi amal soleh.
Mudah kan?

Moga Allah beri kita tawfik untuk makan dengan cara yang paling Dia suka.
Ameen

19 March 2010

Keperluan kita III

Seorang yang beriman pula akan menikmati kehidupan yang luas di dunia ini. Hatinya akan menjadi tenang, walaupun satu dunia menentangnya. Samada dia kaya atau tidak berharta, hatinya sentiasa kaya. Kebendaan dan sekelian makhluk tidak sesekali menggugat takut dan harap nya kepada Allah Ta'ala. Ketika mati, Allah akan hantar malaikat untuk menyambut ruhnya dan memberi khabar gembira syurga untuknya. Malaikat akan menjaganya daripada diganggu syaitan dan langsung ia ditalkinkan untuk mengucap shahadah sebelum mati.

Kubur sentiasa menanti-nanti kehadiran orang beriman dengan ucapan "Selamat datang", dan layanan istimewa sedia menanti di dalam kubur. Isterinya yang solehah pula menanti disyurga 500tahun lebih awal untuk persiapan menyambut suami beriman. Segala persiapan disiapkan untuk kedatangannya ke dalam syurga. Satu demi satu orang yang beriman akan memasuki syurga yang disiapkan oleh Allah sehinggalah orang yang terakhir yang mempunyai sezarrah iman diterima masuk ke dalam syurga. Ketika itu, semua pintu-pintu syurga dan neraka akan ditutup rapat, dan kematian akan disembelih. Bergembiralah seluruh penghuni syurga dengan kegembiraan yang kita tak dapat bayangkan dan mereka akan memuji-muji Allah atas hidayah yang Allah beri kepada mereka. Sebaliknya penghuni neraka akan berasa sangat-sangat kecewa, yang kekecewaannya takkan dapat kita bayangkan.

Allah akan mengumumkan yang Dia redha kepada ahli syurga dan tidak akan lagi murka atas mereka. Ini lah nikmat yang paling agung.

Semuanya berpaksikan kepada iman dalam hati manusia.

Kita faham bahawa makan itu penting, maka kita usahakannya.
Tetapi iman lagi penting, mengapa tidak diusahakan?


Wallahu a'lam.

Keperluan kita II

Kerana jika seorang menderita tanpa makanan, maka satu hari derita itu akan berakhir. Samada dia akan dihilangkan laparnya, ataupun maut akan mengakhiri kelaparan tersebut. Selepas mati, kelaparan yang dirasai itu akan ditinggalkan. Begitu juga keperluan yang lain. Bahkan, jika dia senang sentiasa tanpa berlapar walaupun seketika, satu hari kesenangan itu akan dicabut apabila maut tiba.

Dan selepas mati, ada cerita yang berbeza, suasana yang berbeza, dan bekalan yang berbeza.

Sedangkan pula, seorang yang hidupnya tiada iman, maka dia akan menjalani hidup yang amat sempit walaupun disekelilingnya ada suasana kebahagiaan - rumah besar, kereta besar, isteri cantik, anak-anak yang professional. Lebih teruk lagi, jika manusia mati tanpa iman, maka dia akan lapar selama-lamanya, dahaga selama-lamanya, dan terseksa selama-lamanya. Makanan yang di neraka hanyalah akan lebih menyakitkan, minuman adalah air menggelegak dari darah dan nanah, teduhan dari api adalah bayang-bayang hitam yang akan lebih memanaskan.


Keperluan kita I

Assalaamualaikum wbt,

Untuk memenuhi keperluan seharian manusia seperti makanan dan minuman, semua sedia maklum bahawa dibelakangnya ada usaha. Tidak kira samada dia adalah seorang yang beriman atau pun tidak.

Dan kesannya, kita telah melihat manusia setiap hari keluar dari rumah mereka untuk memenuhi keperluan tersebut. Ada orang yang usahanya tidak jauh dari rumah, dan ada yang sanggup bersafar jauh-jauh tinggalkan anak isteri tercinta.

Namun, haruslah kita hayati bahawa iman adalah satu keperluan manusia yang paling utama. Ia lebih penting dari makanan dan minuman, tempat tinggal, atau pakaian. Malah, ia lebih penting daripada hidup atau mati manusia.

Kenapa?


17 March 2010

Lama dah tak tulis blog

Assalaamualaikum wbt,
Alhamdulillah, akhirnya sempat jugak saya menulis dalam blog ni, dengan izin Allah semata-mata.

Semakin hari umur makin pendek, walaupun orang kata umur meningkat...tapi sebenarnya yang meningkat ialah masa yang TELAH dihabiskan di dunia. Sebaliknya yang baki semakin hari semakin berkurangan.

Kalau kita kata nak ke oversea, mesti kita prepare betul-betul kan?
Beg, pakaian, duit...
Tu semua kena bawak untuk dibuat bekal ke sana. Kalau musim sejuk, kenalah bawa yang tebal-tebal sikit bajunya kan.

Tapi kalau dah sampai airport, terlupa nak bawak passport, kan payah?
Itu pon kira OK lagi sebab paling teruk pon miss flite, then boleh tunggu the next one.

Namun, apabila tiba sakaratul maut, maka tiada lagi second change, next flite dah takde. Maka kalau terlupa bawa passport ke shurga tu, merana lah selama-lamanya.

"Lupa?"

Alasan kita, kita lupa. Tapi Allah beri ingatan kepada kita setiap hari, malah setiap ketika. Hari-hari kita tengok kebesaran Allah. Malam tukar jadi siang, siang tukar jadi malam. Bulan berubah-ubah fasa. Musim saban tahun berubah. Hujuan yang turun menyuburi bumi. Apakah ini bukan peringatan atau petanda-petanda daripada Allah??

Ya, untuk orang-orang yang ulil-albaab.

Kalau kita kata takde masa untuk kenal Allah kerana sibuk cari rezeki, then ingatlah Allah tak pernah minta rezeki dari kita, bahkan Allah-lah yang memberi rezeki kepada hamba-hambaNya. Dia telah jadikan rezeki ni tanggungjawab Nya sendiri. Jadi masa yang Allah beri adalah exclusive 100% untuk mentaati perintah Allah. Pergi kerja pon bukan kerana nak duit, tetapi untuk taat perintah Allah.

Apa sahaja alasan yang hari ini orang beri untuk tidak taat, semuanya Allah telah address dalam al-Quran.

Jadi kita kena banyak-banyak bertaubat kerana kelalaian kita terhadap Yang Paling Banyak Berjasa kepada kita, Rabb kita, Allah.

09 February 2010

'My' ti83 Plus

In Kolej MARA Banting IB World School, we were required to use graphic scientific calculator. The model that we use was ti83 plus.


It's more sophisticated than the one that we use in secondary school, of course, and has more features. Statistical functions are included. 3D graph functionality can be add-on to the device. Plus! We can even play games and draw pictures with it.

Because all of us need to have one, most of my friends bought it from the college. Since the college bought the calculator in bulk, we get it at a bargain price of only around RM500. However, the good news is I need not buy it because I used Kak Ngah's calculator which was inherited to Kak Ude and then to me...and I kept that RM500 calculator allowance from MARA for my pocket money.

To make the story short, I kept this lovely calculator with me to Sheffield during my University years. I almost sold it, because we cant use this device in the exam hall plus it has a high demand in the UK and the price did not drop.

Then, I shipped it back to Malaysia along with other stuffs after graduating.

A few months later, I went back to see my stuff and I found the calculator missing, thinking that it must have been left in Sheffield or somewhere in between Malaysia and UK. Huhu. To my dissappointment, I saw it in Kak Ngah's possession.

I whispered to myself,

"Why did Kak Ngah took the calculator from me without even informing?, Ooh maybe she wanted to 'borrow' it for a while."

After a few seconds of thought, then I realised. I recalled that the calculator is not really mine. It is still her belonging. Years after years possessing the lovely computing machine, I felt like the calculator is mine, eventhough it isn't so. My calculator, now it's time to say goodbye...

Then, when I think deeper that actually one day, Allah will take all the things that I posses, including the best machine I ever had, my own body. If I still think that this is mine, of course I will feel hurt. But yeah, the reality is that everything that I posses is not mine, it is Allah's. We have no choice but accept this truth. It is His right to give to whoever He likes and take it back or withhold from whoever He likes.

So, I learnt that we should not be so sad if we lose something in this life, because everything is from Allah, and it is just right for Him to take it back. Everytime we get something or we lose something, it is actually a test from ALlah to see whether we a true to Him or not. Possesing something or not does not relate to our status in front of Allah except taqwa.

Wallahu 'alam.

.

03 February 2010

Surau yang Sunyi

Semalam surau tu sunyi,
tidak berpenghuni

Azan tidak lagi didengari,
muazzin nya mana pergi?

Keadaan surau, menyebakkan hati.
adakah penduduk sudah mati?
atau sinar iman yang tiada lagi.

Ayuh, bangun lawanlah nafsu dalam diri.
tegakkanlah tiang deeni.
mulakanlah dengan dakwah Nabi.
agar seruan tidak berhenti di sini...

26 January 2010

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



Lirik oleh: xxx
Di popularkan oleh: Ukays

20 January 2010

Kenapa Belajar?

Semalam Ustaz Hadi dari MDE telah datang beri tazkirah di Surau Al-Hikmah SS18.

Dalam perkongsian itu, beliau telah beri satu peringatan yang sangat berguna iaitu hendaklah kita kejar akhirat kerana itulah tempat yang akan kita tinggal selama-lamanya. Sedangkan dunia ini pula adalah tempat tumpangan buat sementara waktu.

Antara intisari lain yang saya dapat lebih kurang:
  • Apabila seseorang itu berusaha untuk akhiratnya, maka dunia ini akan jadi tempat untuk dia bercucuk tanam menanam modal. Dia tidak akan jadikan dunia ini tempat bersedap-sedap.
  • Manakala amaran juga diberikan untuk tidak mengejar dunia. Sesiapa yang mengejar dunia maka dia seumpama kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
  • Dalam mempraktikkan visi akhirat ini seseorang itu bagaimanapun harus memberi masa untuk menunaikan haq-haq orang lain terhadapnya. Ada masa untuk amalan masjid, untuk keluarga dan untuk keperluan/kerja.
  • Kemudian ada juga di sentuh tentang niat mencari 'ilmu. Sesiapa yang mendapatkan dunia dengan ilmu agama maka dia akan rugi kedua-duanya sekali. Manakala sesiapa yang membelakangkan dunia untuk agama maka dia akan dapat kedua-duanya sekali.
  • Buktinya adalah ulama-ulama terdahulu. Mereka zuhud tetapi dunia bawah kaki mereka. Dan takde siapa pun yang rugi apabila mendahulukan agama/akhirat, dulu, kini dan selamanya.
  • Sebaliknya, yang selalu tidak tenang ialah orang yang mengejar dunia membelakangkan akhirat.
  • Oleh itu, niat menuntut ilmu kena betul, hanya kerana ALlah. Jika tuntut ilmu niatnya tak betul seperti untuk jadi pandai berkata-kata, nak berdebat, berhujjah, berlawan dengan orang lain, untuk pandai jadi penulis blog, maka inilah kerugian yang paling besar bagi seseorang. Dunia tak dapat, akhirat pun hancur. Rugi sangat-sangat.
  • Jadi, menuntut ilmu itu niatnya harus lurus, iaitu untuk memperbaiki/islah diri sendiri..

17 January 2010

Wajah Baru

Alhamdulillah.

Hari ini aku telah putuskan tanpa meshuarat untuk mengubah wajah blog ini. Harap pembaca semua lebih senang dengan layout baru ini. Terima kasih dan jazaakumullahukhaira kerana sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini.

14 January 2010

Tetamu Membawa Rahmat

Hari ini terbukti depan mataku, memang apabila tetamu datang, mereka membawa rahmat.

Kerana hari ini di ofis kami ada tetamu dari pegawai kerajaan, maka natijahnya lab tempat kami bekerja yang sekian lama seperti sarang cencurut, telah pulih menjadi bersih macam takde orang kerja kat sini pun.

Segala wayar dan komponen-komponen telah dikemaskan, peralatan yang bersepah telah diatur kembali dan barang-barang yang tak sepatutnya ada telah di letakkan ke tempat yang sesuai. Lantai bersapu dan tong sampah dikosongkan. Pendek kata, memang bersih lah Lab ni. Alhamdulillah, kedatangan tetamu mmg membawa rahmat.

And plus, on the way to canteen, kitorg lalu depan bilik menjamu VIP ketika diorg dah habis makan. Prof telah beri isyarat untuk kami ke dalam dan join makan free!

Then, ada lagi tetamu dari luar datang ke surau kami. berlainan dari tetamu yang lepas, beliau adalah seorang ustaz yang datang untuk memberi tazkirah harian. Bagi aku, ni lah tetamu yang paling special hari ni. Dengan majlisnya, malaikat telah datang berbondong2 dan Allah telah berbangga-bangga dengan peserta majlis di hadapan para malaikat-Nya. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, rabb sekelian alam.

12 January 2010

Berduit

Bagi orang yang ada seringgit sahaja kita kata orang itu 'ada duit'.
Tapi dia bukanlah orang yang 'berduit'.
Orang yang ada banyak duit barulah dipanggil 'yang berduit'.

Sama juga,

Orang yang ada sikit iman kita kata orang itu 'ada iman'.
Tapi kita belum lagi boleh panggil dia orang 'yang beriman'.
Orang yang sempurna imannya, barulah kita boleh panggil orang 'yang beriman'.

Keuntungan bagi orang yang beriman ialah sangat tinggi.
Perkara ini tak boleh dinilaikan oleh harga dunia.

Segala amalannya Allah hitung dan hargai.
Dalam senang dia dapat kebaikan kerana syukurnya.
Dalam susah pun dapat kebaikan kerana sabarnya.

Hatta, terkena calar sikit pun Allah beri keampunan untuknya.

06 January 2010

Teleportation II

Teleportation means transporting matter from one point to another in an instant.

We always heard this in science fictions.

However, can we actually make teleportation possible? Theoretically, yes it is possible.Please see this video for some deeper explanation, according to physicists.



Anyhow, in my view, teleportation is very possible and achievable.
Why? Because the concept of teleportation has been described in the Quran. It has happened before.

So, it should not be a surprise if someone in the future could teleport an object much complex than a photon, because in the past there used to be someone who could teleport the Palace of Balqis to the Kingdom of Sulaiman in a split of a second (less than the blinking of our eye).

Allahu Akbar.

And also, we always heard the amazing journey of Nabi SollaAllahu'alaihi wasallam during Isra' and Mi'raj. This is even more miraculous. He went from Makkah to Masjid-il-Aqso and then when up to the 7th heaven and return home while the bed is still warm, and the door was still swinging.

So lets do some calculation and comparison.

We know that the distance from the Sun to the nearest star is millions of light years, but for Nabi SollaAllahu'alaihi wasallam, he travelled not just that distance, billionth and trillionth time that distance in less than 1.minute. Now, that's far...far beyond the speed of light!

Impossible kan? But this is possible only given that the one that creates the rules changes the rules.

.

02 January 2010

Tentang nama Tuhan

Baru-baru ni negara ini telah diperhangatkan dengan isu penggunaan perkataan 'Allah' dalam akhbar kristian.

Bagi aku, isunya bukan tentang penggunaan perkataan ALlah itu yang salah, tetapi yang salahnya ialah pembohongan yang mereka buat tentang Allah.

Sekian lama mereka telah berbohong tentang Tuhan, dan kini pembohongan itu ingin disebarkan lagi. Masyarakat yang umumnya naif, pasti akan keliru jika perkara ini tidak diperjelaskan.

Mereka ahli2 kitab telah berhujjah, bahawa Allah adalah 'God' dan 'God' adalah Allah. Maka jika selama ini mereka telah menggunakan perkataan 'God' untuk membohongi manusia tentang Tuhan, maka kenapa mereka tak boleh menggunakan perkataan 'Allah' pula untuk membohong manusia?

Sudahlah wahai ahli kitab, usah nak berbelit2 dengan Tuhan dan nama Tuhan. Kamu boleh menang sebanyak mana mahkamah yang kamu nak dalam dunia ini. Tapi ingat, bahawa mahkamah sebenar ialah Mahkamah Ahkamul-Hakimeen.

Kepada orang beriman, Gelap itu tetap gelap dan takkan hilang gelap dengan maki hamun.
Maka pancarkanlah cahaya, nescaya kegelapan itu pasti akan hilang. Syirik itu satu kegelapan, dan cahayanya ialah tauhid. Kalimah tauhid itulah 'La ilaaha illaAllah'. Peranan kita ialah untuk betulkan salah faham ini dengan terus menerus dakwahkan 'La ilaaha illa Allah' kepada seluruh manusia.

Segala sesuatu tiada dapat memberikan sedikit pun manfaat atau mudharat melainkan dengan izin Allah.

Nabi Isa Alaihissalaam bukanlah tuhan, dia hanyalah seorang manusia biasa tanpa bapa yang telah Allah utuskan untuk ajak kepada kalimah yang hari ni semua orang Islam ucapkan.

Wahai ahli kitab, cukup2 lah tu...jika kamu sayang Jesus, maka ikutlah kata Jesus. Ikutlah kata Jesus apabila dia telah menyuruh kamu untuk tidak menyembah sesuatu apapun melainkan Allah. Jika kamu menolak ajakan Jesus, maka korang jadilah saksi bahawa aku tidak mahu mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun.



.