Sekarang sudah masanya untuk aku kemas-kemas untuk pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, keluarga ada di sini untuk tolong-tolong sikit, di samping menambah lagi barang-barang untuk di kapalkan ke Malaysia.
Tapi aku tak rasa macam nak pindah pun. Berat nak pindah sebab mengenangkan segala kenangan di Sheffield suka dan duka, pahit dan manis. Tambahan rakan-rakan pun ramai di sini and they're very nice people indeed. Diri pun dah sebati dengan kehidupan di sini. Tambahan pula tiada persediaan sangat untuk hidup di Malaysia.
Namun hakikatnya satu hari nak tak nak aku terpaksa juga pindah dan berpisah dari Sheffield. Satu hakikat yang aku tak boleh nak elak. Samada aku yang pindah dulu atau mereka yang akan pindah dulu.
Dan perpindahan terakhir aku kat dunia adalah perpindahan dari alam fana ini ke alam kubur yang aku akan lalui sorang-sorang. Mak abah, abang akak adek, isteri anak-anak, kawan-kawan semua tak dapat lagi nak tolong. Maka segala beban-beban akulah yang kena bawa sendiri. Yang boleh tolong hanyalah Allah.
Before makhluk Allah tu datang untuk paksa aku pindah, baik aku siap-sedia awal-awal. Dua jenis bekal sahaja iaitu Iman dan Amal. Untuk capai matlamat, takde cara lain mesti ada pengorbanan masa dan harta.