Dunia ini merupakan tempat yang sementara waktu sahaja.
Seorang yang senang akan senang sementara, yang susah pun susahnya sementara.
Sedangkan di akhirat, itulah kehidupan yang kekal abadi, untuk selama-lamanya.
Seorang yang bahagia, akan bahagia selama-lamanya. Semoga Allah jadikan kita seperti itu.
Seperti hari ini, jika kita nak masuk sebuah hotel mewah, kita perlu keizinan daripada empunya hotel tersebut.
Apa-apa syarat yang empunya hotel telah letak, perlulah dipatuhi. Dan perkara ini lazim diketahui ramai.
Untuk itu, ramai yang rela mematuhi syarat tanpa banyak tanya. Contohnya, mereka tidak dibenarkan bawa durian dan manggis. Kemudian, sudah tentulah mereka perlu membayar sewa ikut saiz dan kualiti bilik yang diminta.
Lebih banyak kita boleh bayar, makin kualitilah layanan dan bilik yang disediakan.
Begitu juga untuk mahligai Syurga di akhirat kelak. Mahligai tersebut ada pemiliknya.
Untuk memasuki syurga tersebut, tidak dapat tidak, perlulah kita memnuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik syurga itu. Jadi apabila syarat telah ditetapkan, tidak perlu lagi disoal tentang relevannya syarat tersebut, kerana syurga tu Dia yang punya, ikut kehendak Allah-lah apa syarat yang hendak dia tetapkan.
Syarat itu adalah iman.
Begitu juga, qualiti dan saiz syurga tersebut bergantung kepada harga yang dapat diberi oleh pembelinya. Lagi banyak harga yang dapat diberi maka lagi tinggi lah kualiti yang akan diperolehi.
Harga itu tidak lain dan tidak bukan ialah amal soleh.
Harga amal soleh ini tidak ada tolok bandingnya dengan nilai dunia ini. Satu 'Subhanallah' diganjarkan satu pokok di syurga yang lebar bayang-bayangnya tidak mampu direntasi oleh seekor kuda yang terpantas selama 500 tahun. Kalau dianggarkan, 500 tahun perjalan kuda adalah beribu-ribu kali lilitan bumi ini. Bayangkan pula besar pokok tersebut.
Jadi untuk itu, hendaklah kita bersegera melakukan amal-amal soleh, dan janganlah dipandang remeh amal soleh ini, walaupun sebiji kurma. Dalam masa yang sama, kita berlumba-lumbalah dengan kawan kita terhadap amalan ini kerana darjat dua orang yang mempunyai beza satu 'Subhanallah' sahaja beza antara mereka melebihi langit dan bumi.
21 July 2010
07 July 2010
Nota dari Kelas
Alhamdulillah, semalam ada satu lagi kelas pengajian dari salah satu kitab shama'il.
Antara point-point yang aku nak share:
1. Maksud dan tujuan mempelajari hadith adalah untuk mendapatkan cinta dan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.
2. Alam ghaib itu ada banyak lapisannya. Para malaikat mahupun jin juga mempunyai ilmu yang terbatas. Ada banyak perkara ghaibiyyah yang dapat dilihat oleh orang-orang yang mempunyai kashaf. Namun ia bukanlah kesempurnaan.
3. Antara tanda akhir zaman ialah orang yang terkemudian mencela orang-orang salafussoleh yang awwal. Ini berlaku kerana kefahaman yang dangkal, menyebabkan mereka mudah dan cepat menilai orang.
4. Ilham boleh datang dengan tiga cara:
a. Malaikat - sifat ilhamnya datang sekali sahaja. Contoh: kejutan waktu subuh. Kalau tidak dihiraukan, akan tak datang lagi.
b. Shaitan - sifatnya tergesa-gesa, walaupun nampak macam bagus.
c. Direct daripada Allah.
Jadi, kita kena kenal lah, kalau idea yang terlintas kat hati kita tu datang dari mana. Takut-takut ianya dari Shaitan laknatullah.
* Shaitan pun dari Allah juga, dihantar untuk menguji manusia, supaya manusia tiada jalan lain selain daripada meminta perlindungan daripada Allah.
Wallahu a'lam.

Subscribe to:
Comments (Atom)