Assalamualaikum,
Kita suka lihat perkara-perkara yang indah.
Kita tak suka lihat perkara-perkara yang tak baik.
Tapi ingatlah, kalau nampak muka yang kotor dicermin, ia sebenarnya pantulan dari imej kita.
Tak perlu bersihkan cermin. Gilap lah cermin bagaimana pun, ia cuma akan lebih menampakkan kekotoran pada muka.
Sekali-sekala kita akan pandang orang disekeliling kita, beserta dengan keburukannya. Tapi macam cermin juga, ia mungkin pantulan daripada sikap kita. Berapa banyak kali telah kita lalui dalam perhubungan sesama manusia. Ke mana sahaja pergi, reaksi yang hampir sama kita terima dari orang ramai. Jika dikaji, sebenarnya ia berpunca dari sikap kita sendiri.
Berdasarkan sikap kita, manusia akan menilai secara sepontan. Tidak perlu khutbah. Ia dari hati ke hati. Dari mereka kita dapat belajar kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Selalu bermuhasabah diri, jangan persalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri. Salahkan diri sendiri, banyak mengadu kepada Yang Maha Mendengar, Allah Azza Wa Jall.
Dia yang ciptakan kita, dan dia tahu keadaan hati kita lebih dari diri kita sendiri. Serahkan hati dan diri bulat-bulat kepada Allah SWT, nescaya kita akan selamat dunia dan akhira.
Bagaimana? Tiada cara lain - hanya dalam mentaati perintahNya, mengikut cara yang paling disukaiNya iaitu cara Nabi SAW.
25 February 2008
20 February 2008
10 sen pon jadilah!
Assalamualaikum,
Pernah tak kita come across someone yg mintak derma?
Dia kata,
"dermalah..derma, walaupun 10sen."
Atau dengan kata lainnya "Kalau takde RM10, 10sen yg ada kat poket tu pon jadilah."
Nak emphasise perlunya derma tu, walaupun 10sen.
Untuk terangkan kepentingan dakwah,
ada tak pernah come across this phrase?
"Sampaikan dariku, walaupun SATU ayat."
Betapa pentingnya kerja sampai-menyampaikan ni kan?
Kalau tak mampu sampaikan semua...
satu ayat yang kita tahu, itu pun sampaikanlah.
Moga Allah beri taufik untuk kita jadikan dakwah maksud hidup.
Bukan setakat men'dakwa' diri sendiri dah berdakwah.

Dari hati
Assalamualaikum,
Setiap orang ada hati.
Hati ialah anggota yang paling utama.
Ia adalah raja pada badan.
Hati baik, seluruh badan akan baik.
Hati rosak, seluruh badan rosak.
Apabila hati tertawan pada sesuatu, seluruh badan akan tertawan.
Apabila hati benci pada sesuatu, seluruh badan akan benci.
Jadi soalnya apakah yang menawan hati kita at this moment?
Makhluk, atau al-Khaliq?
Apabila hati ini penuh dengan kecintaan pada Yang Maha Pencipta,
maka mentaati perintahNya seumpama berjalan di atas bunga.
Tapi apabila hati ini kosong daripada hakikat kecintaan ini,
maka mentaati perintahNya seumpama berjalan di atas jalan yang berduri.
Moga Allah kosongkan hati kita dari kecintaan makhluk, dan isikan dengan kecintaan pada-Nya.
La ilaaha illallah.

Subscribe to:
Comments (Atom)