07 May 2012

Broken Laptop


Yesterday marks the last day that the life of the laptop that my wife gave .
Thanks to Yousuf. Now Abah can buy a new laptop...hopefully this Lenovo can serve us better.

On top of that, my one month old Samsung Galaxy S2 refuse to turn on. I have no idea why...but hopefully it is allrite once repaired.

Things keep on coming to our life, just face them with patience and obedience to Allah...inshaAllah in that there's reward.

29 March 2012

Bermula Semula

Sudah sebulan aku start belajar kat RMIT University.

Mereka kata PhD ni kejap je. Tiga tahun akan berlalu begitu sahaja. Aku cakap ngan SV, nak buat dalam 3 tahun je, not more. So, InshaAllah, untuk pastikan aku cepat habis, dia kata hujung tahun ni kena ada satu paper published. Nampak macam positif sebab dia supportive.

Aku nak tegakkan balik blog aku ni. Macam dah bengkok dan nak roboh je. Aku mulakan dengan tegakkan niat. Kerana niat tu permulaan segala amal.

Benda ni (menegakkan niat) bukan sahaja apply kepada 'perkara-perkara agama'. Macam solat, puasa haji, zakat. Tapi ia juga apply kat SEMUA benda yang kita buat. Hatta nak buat PhD ni pun....Bila aku nak bukak bab 'Research Question', ada lah imbas-imbas macam mana nak construct research questions yang baik. Nampaknya dia punya isi tu macam yang kita biasa belajar tula...perbuatan bermula dari niat.

Research question ni lah yang akan jadi sort of pedoman untuk PhD aku nanti. Ikut artikel yang aku baca [maaf tak disertakan dengan citation], research ni bukan maksudnya sorg tu pergi lab setiap hari then tengok oscilloscope dan observe macam-macam kat lab. Bukan. Research ni perlu ada tujuan iaitu untuk menjawab pertanyaan. Pertanyaan inilah yang akan membuatkan seorang (atau sekumpulan) pengkaji berbelanja dengan wang dan tenaga manusia dan memerah otak. Natijah dari pertanyaan inilah yang kita nampak orang pergi lab, tengok data, memerhati, meeting, debat, dan etc. Bukan saja saja je abeskan masa dalam office dan lab. Kena ada tujuan, walaupun tak tahu jumpa ke tak jawapannya. Kalau takde tujuan, itu tanda orang tu tak betul.

Baiklah, itu cerita macam mana nak start perjalanan PhD aku. Sekarang ni nak cerita pasal blog.
Apa tujuan aku tulis blog yang bernama Nota Kaki (U) ni? [aku pun dah lupa kenapa aku letak nama ni]

Tujuan blog ini, antaranya ialah untuk menajamkan skil menulis aku sambil berkongsi idea kepada seluruh dunia. Sebagai bakal pengkaji/researcher, aku perlu menghadapai orang ramai. Mengutarakn pendapat dan mendapat feedback dari manusia yang pelbagai. Blog boleh dibaca oleh sesiapa, selagi pemilik blog memberi kebenaran membaca. Kesannya, orang kat hujung-hujung dunia pun boleh tengok blog aku. Diorang boleh baca, kritik, dan bagi feedback tentang apa yang aku tulis.

Menulis di dalam blog merupakan satu perkara yang mencabar bagi aku kerana aku memang tak suka untuk menonjolkan diri kepada dunia. Tengoklah, aku tak bagi pun Google bagi orang search aku punye blog at one point. Aku tak ingat aku dah turn off that search option.

Tapi nak tak nak, kena juga. Kerana bila cerita pasal PhD ni, maknanya kena ada penulisan yang sangat panjang pada penghujung pengajian nanti. Panjangnya lebih kurang 80k perkataan. Macam banyak kan? Cuak juga sebab kalau tengok penulisan aku dalam blog ni daripada permulaan posting sampai sekarang, tak sampai 10k pun kot rasanya.

Jadi, latihan penulisan dan pengarangan yang berterusan itu perlu. Aku nampak blog ni adalah satu medan yang baik untuk aku bermula [semula].

Percubaan untuk menulis sebelum ini nampaknya telah mendamparkan aku balik ke curuk isolasi. Kerana ada fobia untuk diketahui orang, maka aku kembali menyorok seolah-olah takde orang nampak. Tapi kantoi je...ada je orang yang mengusha dari jauh dan dekat.

Aku sedar menulis ini mencabar, jadi aku ambil benda ni sebagai cabaran kepada diri sendiri. Aku di sini mahu belajar jadi insan yang lebih baik, maka aku kena mulakan langkah, walaupun aku tahu aku mungkin akan terjatuh. Mungkin sakit bila terjatuh, tapi aku tahu Allah sentiasa ada untuk tolong. Mana tahu, bila jatuh tu akan menjadikan perjalanan ini menjadi lebih sedap.

Dengan lafaz bismillah, aku mulakan semula perjalanan blog ni ...

31 December 2011

2011 Menutup Tirai


Sudah bulan Disember 2011, menandakan hampir tamat tahun ini dan akan bermula tahun baru 2012 inshaAllah.

Setahun yang banyak mengajar diri ini erti kehidupan.
Tahun pertama perkahwinan.
Tahun pertama menjadi bapa.
Tahun pertama hidup di Australia.

Subhanallah...perkara-perkara ni tak pernah pun terlintas kat fikiran aku.

Aku bersyukur kepada Allah yang telah menghantar aku ke sini, walaupun aku tak pernah minta banyak perkara. Allah bagi aku duduk dalam circle of friends yang sihat. Satu, mereka tak merokok, melainkan seorang atau dua orang. Tapi yang lebih penting ialah suasana iman. Allah beri aku attach dengan kariah yang hidup amalan masjid. Yang dahulunya selalu tiada orang mahu datang untuk subuh, hari ini kebiasaan yang datang solat berjemaah lebih kurang dua saf..dan sometimes lima.

Aku banyak belajar dari mereka. Sifat terutamanya. KEmatangan. Professionalism juga, yang banyak aku miss out masa undergraduate dulu. Yang paling penting cinta kepada Allah dan Rasul.

Kekadang aku cakap ni, orang tak faham. Tapi aku sendiri dapat rasakan kepentingan usaha atas iman. 'Pahit' dan manisnya dalam usaha untuk membentuk iman. Memang penat, tetapi berbaloi sungguh. Tiada kata nak diucapkan kalau nanti aku dapat masuk shurga jumpa Nabi. Dan taida kata juga dapat nak cakap perasaan ini, kalau nanti Allah hukum aku kerana kesalahan aku. Kalau lah orang tahu.