Sorg boleh declare yg dia seorang Islam, tapi tak boleh declare dirinya sebagai beriman selagi dia belum lagi diiktiraf sebagai orang yang beriman.
Samada beriman atau tak, Allah shj yang tahu hakikat sebenarnya.
Allah sudah tetapkan bahawa Iman adalah perkara yg terpenting bg setiap insan. Sudah menjadi Sunnatullah, setiap perkara untuk terjadi Allah Taala letakkan asbab. Contohnya Allah sudah janjikan rezeki. Untuk beri rezeki, Sunnatullah nya Allah berikan dengan asbab. Contohnya sesetengah orang melalui kedai, makan gaji, ataupun drpd sumber yg tak disangka2 spt yg diberikan kepada org yg bertaqwa dan banyak istigfar. Allah berikan melalui asbab2 ni namun Allah tidak pernah berhajat pd asbab2 ini.
Likewise, Allah Maha Adil. Untuk iman juga Allah tak biarkan kita 'memandai-mandai' dan meraba-raba. Ada perantaraan untuk mendapatkannya iaitu usaha atas iman, sebagaimana yg telah di usahakn oleh Nabi AS dan para Salafussoleh kita.
Setelah usaha atas iman, bagaimana kita mahu buat akaun kalau iman kita sudah meningkat? Seperti org kedai risau akan untung rugi perniagaannya, begitu juga org yg telah berusaha atas imannya harus risau adakah imannya sudah meningkat? Jadi di sini ada beberapa cara untuk menilai tahap keimanan kita. Basically, Allah Taala telahpun terangkan di dalam Al-Quran melalui lidah mulia Nabi kita SAW. These are only a few.
1. Orang beriman apabila nama Allah Taala disebutkan jiwanya akan bergoncang. Apabila ayat2 Quran dibacakan imannya meningkat.
2. Orang beriman jaga solat dan kyusyuk dalam solat.
3. Orang beriman apabila melihat kemungkaran akan mencegahnya dgn tangannya, jika tidak mampu dgn lidahnya dan jika tidak mampu dgn hatinya. Yakni ada rasa tidak senang dgn perbuatan malanggar perintah Allah.
Dan banyak lagi tanda2 keimanan. Jadi mari kita tgk dlm diri kita. Adakah saya sudah punyai tanda2 ini? Jika Ya..tahniah saya ucapkan moga dapat istiqamah dan terus maju. Jika tidak..cepat2la bertaubat. Malaikat maut boleh datang bila2 masa!!!
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment