Hati kalau sakit, semua badan akan sakit.
Hati kalau baik, semua badan akan baik.
Usaha untuk islahkan manusia adalah usaha pada hati mereka.
Hati yang baik ialah hati yang ada iman.
Macam mana nak tanamkan iman dalam hati sedangkan ia ada di dalam?
Ada empat saluran. Fikiran, pandangan mata, pendengaran dan percakapan.
Gunakan keempat-empat untuk keluarkan kebesaran makhluk dan masukkan kebesaran Allah dalam hati.
Kalau hati sudah kotor, maka kena lah bersihkan dulu sebelum masuknya perkara yang suci.
Caranya nafi, kemudian isbat.
La ilaaha, illa Allah.
Mari kita sebarkan selalu muzakarahkan kalimah ini.
Taip sahaja tak cukup. Kena buat live, macam Nabi-nabi dan sahabat buat.
Sampaikan mereka digelar 'orang gila'.
Dengan nikmat Allah, mereka tidak gila. Orang yang tak dapat terima kerana hati mereka sudah teruk dikotori syirik dan maksiat.
Moga Allah selamatkan kita dari syirik, kecil ataupun yang besar.
Wallahu a'laam.
.
No comments:
Post a Comment