06 September 2009

Syukur

Alhamdulillah, kita telah dijadikan sebagai ummat Nabi SollaAllahualaihiwasallam.
kita percaya Bagindalah Rasul terakhir, maka percayalah kita bahawa tanggungjawab untuk sebarkan agama ni pun telah diberikan kepada kita. Kitalah penyambung amanat dari Nabi SollaAllahu alaihi wasallam.

Sabda Baginda lebih kurang maksudnya:
"Ballighu 'anni walau aayah."

1. Ballighu: Sampaikan. Ini satu taklif.
2. 'Anni: Dariku. Ini satu kemuliaan.
3. Walau aayah: Walaupun satu ayat. Ini adalah satu keringanan untuk ummat ini.

Untuk ini, kitalah ummat terbaik. Namun sudahkah kita jalankan kerja ini?

.

No comments: