Kita akan bersedih apabila ada apa-apa terjadi kepada sesuatu yang ada hubungan dengan kita.
Contohnya apabila sebuah kereta dicalarkan seseorang, maka orang akan kata ini satu perbuatan yang kejam. Namun yang paling bersedih ialah orang yang empunya kereta itu sendiri. Kenapa? Sebab dia ada hubungan dengan kereta tersebut. Orang lain tak kan merasakan perkara yang sama melainkan kereta mereka pun dicalarkan
Begitu juga, apabila seorang anak kecil dalam satu keluarga meninggal dunia, maka orang sekeliling akan berasa sedih atas pemergiannya. Namun yang paling bersedih ialah ibu kepada anak itu. Kenapa? Sebab si ibu tersebut ada hubungan yang paling erat dengan anak itu. Orang lain takkan merasakan perasaan yang sama seperti ibu tersebut melainkan anaknya sendiri yang meninggal dunia.
Dalam nisbah yang sama, ulama telah menyatakan bahawa jika hari ini seseorang itu bersedih apabila solah ditinggalkan, ini bererti orang ini ada hubungan dengan solah.
Namun sedara sedari sekelian, jika hari ini kita tiada rasa sedih apabila solah ditinggal-tinggalkan, maka itu bererti kita langsung tiada hubungan dengan solah.
No comments:
Post a Comment