Semalam surau tu sunyi,
tidak berpenghuni
Azan tidak lagi didengari,
muazzin nya mana pergi?
Keadaan surau, menyebakkan hati.
adakah penduduk sudah mati?
atau sinar iman yang tiada lagi.
Ayuh, bangun lawanlah nafsu dalam diri.
tegakkanlah tiang deeni.
mulakanlah dengan dakwah Nabi.
agar seruan tidak berhenti di sini...
2 comments:
petikan puisi Muhammad Iqbal:
"Bumi telah meningkatkan kekuatan gravitinya lalu,
bulan pun beredar di sekitarnya tanpa henti"
oleh kerana bumi mempunyai daya graviti, ia dapat mengikat bulan agar beredar di sekelilingnya sehingga bulan itu tidak pernah terfikir untuk lari dari bumi.
Demikian jugalah manusia, mereka pasti akan tertarik pada dakwah apabila daie meningkatkan kekuatannya. Manusia itu akan mengelilingi dakwah dan merasakan ikatan mereka dgn dakwah satu kemestian.
Engkaulah wahai daie yang menentukan keadaan ini. semua yang sesat itu tidak mungkin berkembang andainya kamu mantapkan kekuatan kamu.
(dari Al-Muntalaq karangan Muhammad Ahmad Al-Rasyid)
moga terus teguh..
an-nahl,
Thanks.
ALhamdulillah, ada sikit kemajuan di surau. Yang perihatin dengan keadaan surau mula turun dan mengimarahkannya.
Satu hari inshaAllah surau ini akan hidup dengan amal masjid Nabawi 24jam.
'a journey of a thousand miles begins with a single step'
Post a Comment