07 January 2011

Entry 1 2011

Hari demi hari berlalu, sudah lama tidak masukan entry dalam blog sendiri.
al maklumlah, kita ni orang yang dah berkahwin, ada tanggungjawab yang besar. hehe...
nways, atas kesedaran bahawa blog ini akan dibaca oleh manusia sejagat, ada baiknya aku menulis satu entry sempena meraikan ulang bulan perkahwinan kami yang pertama.



Di sini, kita nak ceritakan tentang pentingnya hari ni kita membawa keyakinan pada janji-janji Allah.
Sesungguhnya janji Allah itu benar dan paling benar. Janji manusia besar kebarangkaliannya akan tidak ditunaikan dengan sempurna. Contohnya, kalau kita punya flight pukul 8.00pm, kita akan dapati flightnya tak lah betul-betul 8.00pm. Mungkin 8.01pm atau mungkin terus delay atau cancel. Namun, janji-janji Allah itu tetap benar. Apa yang Allah kata, itulah yang akan terjadi, tidak akan lambat atau cepat walaupun sesaat.

Satu

Sebagai contoh teladan kita, kita boleh lihat bagaimana ibu Nabi Musa menjalankan perintah Allah untuk berpisah dengan anaknya.

Perintah Allah pada ibu Musa ialah untuk meletakkan anaknya dalam satu kotak lalu dihanyutkan ke atas sungai Nil.

Fitrah manusia, lagi-lagi seorang ibu, manalah nak buang anak hidup-hidup ke dalam sungai. Lepas tu, biarkan macam tu je. Ke mana anaknya pergi, kalau logik akal kata, memang lemas atau akan jadi habuan buaya-buaya Nil lah. Namun, ibu Musa tetap melakukannya walaupun di hati sangat berat. Satu-satunya yakin nya ialah bahawa ini perintah Allah, maka Allah sendiri akan uruskan...pasti Allah takkan mengapa-apakan hambanya yang taat.

Akhirnya, walaupun berlawanan dengan asbab-asbab kematian yang zahir, Allah telah selamatkan bayi bernama Musa itu. Bahkan ia telah dibesarkan di dalam istana Fir'aun sendiri. Bagi ibu Musa, oleh kerana pengorbanan perasaan untuk mentaati perintah Allah untuk hanyutkan anak kandung sendiri di dalam sungai, maka Allah telah menunaikan janji kejayaan untuknya. Allah bukan sahaja telah membawa Musa kembali ke pangkuan ibunya, malah Allah telah muliakan ibu Musa di dunia ini iaitu beliau telah diangkat oleh Firaun sendiri untuk menjadi pengasuh bagi Nabi Musa.

Ini adalah satu sahaja contoh dari ribuan dan jutaan contoh.

Janji Allah, dalam mentaati perintahNya ada kejayaan. Begitu juga sebaliknya, ada juga janji Allah. Sesiapa yang mengingkari perintah ALlah, pasti akan menemui kegagalan.

Contohnya ialah Firaun, antara watak utama dari cerita ibu Nabi Musa. Dia telah mengingkari perintah Allah bahkan telah menyakiti utusanNya. Lebih malang lagi, dengan tidak segan silunya dia telah menggelar diri sendiri sebagai 'ana rabbukum-ul-a'la' (aku adalah tuhan kalian, yang tinggi). Di sampingnya ada harta, ada kesihatan dan seluruh kerajaan Mesir. Namun, walaupun dengan segala asbab-asbab kesenangan ini, dia tidak pernah berasa tenang di dunia ini. (bayangkan betapa terdesak nya dia hingga sanggup membunuh ribuan rakyat sendiri). Asbab-asbab keduniaan yang manusia tergila-gila untuk mencarinya, segalanya ada pada Firaun, namun apakah faedahnya perkara ini kepada dia?

Jadi untuk menyimpulkan entry ini, dengan ringkasnya, tidak kira apa pun keadaan dan halangan, dari awal kejadian manusia hingga akhirnya, kejayaan atau kegagalan seseorang insan itu tidak bergantung kepada sebarang perkara pun melainkan hubungannya dengan Allah. Bagaimana keadaan iman dan amalnya yang sentiasa diperhatikan oleh Allah rabbul alamin.


....

No comments: