22 July 2011

Hukuman gantung

Seorang rakyat telah dijatuhkan hukum gantung atas kesalahan yang berat.Sebelum itu, hukuman perlu diluluskan oleh Raja.
Namun atas belas kasihan, Raja telah memutuskan untuk mengampunkan kesalahan rakyat tersebut dengan satu syarat.

Kata Si Rakyat.
"Apakah syaratnya? Saya terima apa sahaja syaratnya", 

 Raja pun menjawab

"Syaratnya: Hang kena khidmat untuk aku kat istana aku sampai mati. Makan minum semua aku tanggung. Hang nak kahwin pun boleh."

Maka, pastilah si rakyat ni bukan sahaja terima, malah dia terima dengan perasaan yang sangat gembira. Pastinya dia akan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh. Kan?

Moral:
Macam tu lah kita hari ini dengan Allah.
Kita banyak dosa dan Allah boleh matikan kita bila-bila masa je. Namun hari ni dia lepaskan kita lagi.
Hari ini juga adalah seperti hari-hari yang lain, diberi pada kita untuk berkhidmat untuk agama-Nya.
Apakah kita tak nak bantu agama Allah dengan bersungguh-sungguh?

Ramadhan sudah hampir. Mari kita tingkatkan rasa kehambaan dalam jiwa kita.
Hamba bukan sebarang hamba, tapi hamba kepada yang al-Rahmaan, al-Raheem.

No comments: