Betul lah orang selalu kata: hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Semalam, aku berazam untuk buat gasht, namun secara logiknya tak terbuat pon.
Mana tak nya, aku seorang shj yang berfikir nak buat gasht, dan aku tak mesyuarat dengan sesiapa pun daripada orang surau untuk berkumpul untuk dirikan amalan yang sangat penting ini.
Hari itu, aku minta pada Allah untuk pilih aku buat gasht. Aku tak ada idea langsung pun macam mana nak buat gasht ni.
Hinggalah waktu magrib yang ketika itu aku masbuq. Aku ternampak kelibat seorang Indian yang tak pernah aku kenali bersama-sama solat pada saf hadapan. Usai solat, wirid, doa, dan solat sunat, orang tempatan pun mulalah beramah mesra dengan saudara tersebut. Melalui perbualan itu, dia telah memberitahu bahawa dia adalah seorang yang baru sahaja memeluk Islam.
Alhamdulillah, dan dia telah mencari-cari di manakah masjid yang terdekat untuk dia solat berjemaah. Rupanya rumah dia bukanlah dekat, dengan kereta pun dalam lebih kurang 5 minit. Subhanallah, tengoklah kesungguhan seorang hamba Allah ni, walaupun tak pernah tahu di mana surau/masjid, namun kerana kemahuan dia untuk mencari rumah Allah, Allah sendiri menunjukkan nya kepada surau kami. Berdekatan surau kami itu, bukanlah tak ramai orang Islam, namun kerana tidak mahu...kuat mana pun azan dilaungkan tetap juga tak mahu datang.
Setelah berbincang sedikit sebanyak tentang ehwal dia sebagai bekas penganut agama hindu, aku pun terlintaslah untuk buat gasht. Mula-mula agak takut juga nak bawa orang baru pergi gasht. Biarlah dia belajar dulu kan. Tapi, Allah telah lintaskan dalam fikiranku, bahawa dengan perantaraan amalan dakwah ni lah yang sebenar-benarnya dapat selesaikan masalah dia. Jadi dia pun dipujuk untuk sama-sama turut serta program jaulah mingguan. Alhamdulillah, dia bersetuju. Walaupun dia orang baru, namun tiada masalah kerana sememangnya setiap kali jaulah dimulakan, ia perlu dimulakan dengan briefing (bayan hidayat) untuk membentuk fikir, jazbah dan tertib yang betul ketika keluar jaulah.
Jaulah dilakukan seperti biasa, dan ditangguhkan sebelum Isha'. Saya pun terkejut kerana sahabat baru kita ini sendiri telah berterima kasih banyak kepada kami kerana mengajak dia buat jaulah. Katanya, bebanan pada fikirannya telah terlerai selepas jaulah, dan ingatan terhadap pengorbanan Nabi sollaAllahu 'alaihi wasallam kembali segar dalam hati dan ingatannya. Alhamdulillaah. Dia pun berazam untuk melakukan usaha yang sama selepas ini. Dia juga meminta untuk kita mendoakan untuk ahli-ahli keluarganya supaya sama-sama mendapat hidayat.
Wallahu a'lam.
Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts
30 June 2010
27 March 2009
Kelebihan Pendidik
Setiap individu yang kita tunjukkannya kepada kebaikan, ganjaran sama akan diberikan kepada kita, tanpa sedikitpun ganjaran orang yang ditunjukkan itu berkurangan.
Sekarang cuba bayangkan kita didik seseorang untuk beriman kepada Allah. Segala amalan yang bertambah darinya akan masuk dalam akaun kita. Then kita didik dia supaya dapat mendidik yang lain. kemudian setiap seorang bawa satu keluarga dan teman-teman buat perkara baik yang sama, kemudian bertambah lagi. Hoo..satu perniagaan yang tak pernah rugi!
Dan cuba bayangkan kalau kita didik satu ummat ini tentang Iman dan Islam? Subhanallah..tak dapat bayangkan ganjarannya.
Depan aku ada peluang untuk jadi lecturer Uni. There's plenty room to interact with students and youth from all over the country/world. The same time I impart technical knowledge, I am transmitting the aura of iman and amaal [or it could also be the exact opposite].
I wanted to become one, there's hope but I am afraid that I could not carry the burden. The above mentioned reward of leading people to do good also applies for the exact opposite. May Allah cover our faults and sins and also help us to do good all the time.
If this is the right job, O Allah make me one.
.

Subscribe to:
Comments (Atom)