Showing posts with label fadilat. Show all posts
Showing posts with label fadilat. Show all posts

22 April 2009

Nilai 10pound

Cuba tengok note ten pound kat sebelah ni.

Berapa nilai 10 pound ni?

Kalau convert duit Malaysia ni, boleh dapat lebih dari RM50.

Tapi, kat mana letaknya nilai 10pound ni?

Dekat tulisan '10' ke, dekat gambar Queen tu ke?

Tidak sama sekali. Sebenarnya nilai 10 pound bukanlah pada kertasnya. Tak. Tapi nilai duit ni ada di hati manusia.
-------------------------------------------------------

Sekarang mari kita lihat pada realiti. Dua rakaat solat sunat sebelum subuh adalah lebih bernilai dari dunia dan seisinya.

Jadi apalah nilai 10 pound berbanding dunia dan segala isinya.

Tapi, yang sedihnya kerana 10 pound ni orang sanggup bangun pagi2 pukul 4 pagi. Namun untuk dua rakaat sebelum subuh yang lebih bernilai dari dunia dan seisinya ni, bape kerat je yang sanggup bersusah payah bangun awal2 pagi.

Kenapa perkara ni berlaku?

Kerana di hati kita ada nilai 10 pound, tapi belum lagi ada nilai kepada 'amalan soleh. Ubatnya, memang kena selalu dengar, amal dan sampaikan tentang kelebihan2 amal daripada al-Quran dan Hadith. Nilai dunia memang selalu disebut-sebut, baik dari yang muslim atau yang belum muslim walaupun ianya kecil dan sementara.

Tapi nilai imaan dan 'amal soleh ni memang biasanya orang tak sebut. Jarang-jarang kadang-kadang. Setan memang tak suka manusia beruntung. Kita sendiri kena cari halkah2 taklim fadilat dan ujudkan sendiri di masjid dan rumah.

Mudah-mudahan dengan ini nilai amalan dan kepentingan akhirat dapat meresap ke hati kita, hari demi hari.



.