Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts
29 June 2010
Nota dari Kelas
Alhamdulillaah, I've attended the first arabic class yesterday.
Alhamdulillaah, I learnt a lot from this class. Not just information that I gained, but more importantly beneficial knowledge.
Some points I've learnt:
1. Sesiapa sahaja boleh menjadi wali Allah. Seorang yang boleh terbang dan berjalan atas air, tidak semestinya dia seorang yang rapat dengan Allah kerana perkara ini pun boleh didapati melalui ilmu-ilmu sihir. Bahkan, ukuran wali Allah ialah sejauh mana dia mentaati Allah dan mengikuti Sunnah RasulNya. Jadi janganlah kita terpedaya dengan perkara-perkara pelik yang berlaku pada sesetengah individu. Dalam masa yang sama, kita hendaklah berhati-hati dalam melayan hamba-hamba Allah, kerana mungkin orang tersebut ialah wali Allah. Sesiapa yang menyakiti wali Allah, Allah sendiri yang akan 'setel'kan dengan dia.
2. Antara tanda pada para wali ialah mereka mempunyai sifat ketelitian dalam setiap perkara.
3. 'Abduhu (Hamba-Nya) ialah gelaran yang paling tinggi dan mulia. Inilah gelaran yang Allah beri kepada manusia-manusia yang Dia cintai. Sebab itulah dalam syahadatain, kita diajar (...Muhammadan 'abduhu, wa rasuuluh) yang mana gelaran 'abduhu diletak sebelum rasuuluh.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Comments (Atom)