Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

13 March 2009

Tandas


Tandas: Satu keperluan manusia

Dunia ni macam tandas.
Semua orang perlukan tandas.
Namun tandas bukanlah maksud hidup kita. Ia adalah sekadar satu keperluan.

Rumah dibina dengan ruang tandas yang minima.

Bayangkan kalau kita jumpa orang buat rumah dengan ruang tamu dan bilik lebih kecil dari tandas. Mesti kita cakap orang ni gila.

Macam tu juga lah, dunia ni bukanlah maksud kita. Ia adalah keperluan hidup.
Apakah maksud hidup di dunia?

Maksud hidup kat dunia ni adalah untuk persiapan akhirat nanti. Persiapan iman dan a'maal.

Mari kita lihat pada diri kita. Berapa banyak ruang daripada masa, harta dan diri ini kita beri pada 'tandas' dunia dan berapa banyak kita beri kepada maksud asal kita dihantar di dunia ini?

Adakah kita ni gila?

12 March 2009

Grad


10 July 2009 - Tarikh official final results aku keluar. Cuak pon ade. Bermula harini 11 March 2009, aku ada lebih kurang 121 hari sahaja. Cukup untuk aku keluar di jalan Allah 4 bulan.

Exam ni dah tahu tarikh.

Tapi exam kat kubur nanti boleh datang bila-bila masa. 10 July pon tak tahu sempat jumpe ke tak.

Dah prepare?