Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

16 December 2009

benefits of congregational prayers

solat merupakan salah satu tiang agama. sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama. manakala sesiapa yang tiada mendirikan solat maka dialah yang meruntuhkan agama.

solat merupakan perintah Allah yang pertama sekali akan dihisab di mahshar kelak. jika solatnya lulus, maka akan dikira amal-amalan yang juga lulus. Jika tidak, maka amal-amalan lain juga dikira tidak lulus. Perumpamaannya seperti seorang yang memasak nasi. Jika dia mahu menilai nasi itu samada masak atau tidak, dia tak perlu makan seluruh periuk. Cukup untuk dia ambil sebutir dua nasi dan cubit kan sedikit. Kalau yang sebutir dua tu masak, maka yang lain itu dikira masak juga.

Untuk mendapatkan solat yang baik, kita tidak dapat tidak perlu mencontohi solat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sangat menekankan solat secara berjemaah. Solat berjemaah dijanjikan lebih baik daripada solat bersendirian dari 25 hingga 27 darjat lebih tinggi. Baginda sentiasa bersolat fardu secara berjemaah di samada ketika bermukim atau bersafar.

Bahkan Baginda juga telah memberi ancaman kepada orang lelaki yang enggan mendirikan solat fardu di masjid-masjid sehinggakan baginda sanggup untuk menyuruh budak-budak mengumpul kayu api dan membakar rumah orang yang solat di rumah masing-masing. Jika tidak kerana golongan wanita, kanak-kanak dan orang uzur nescaya baginda akan lakukan perkara tersebut.

Solat berjemaah juga merupakan tanda orang yang beriman. Sehinggakan nabi SAW menyuruh kita bersaksi atas iman orang yang berulang-alik ke masjid. Manakala keengganan untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah pula ialah tanda kemunafikan dalam hati kerana sesunguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat isha' dan subuh.

Ketika zaman nabi dan sahabat, hanya golongan non-muslim dan yang terang-terangan munafik sahaja yang tidak hadir dalam solat berjamaah. Ini juga bermaksud bahawa golongan munafik pun datang ke masjid ketika itu kerana takut dilabel munafik. Begitulah hebatnya sahabat-sahabat menjaga solat berjemaah mereka.

Untuk itu, jika kita mahu cari kawan, carilah kawan yang sering berulang-alik ke masjid, terutamanya untuk isha' dan subuh. Ternyata mereka ini benar-benar beriman kepada Allah. Jika kita berkawan dengan orang-orang seperti ini, seperti kita berkawan dengan penjual perfume. Kalau tak diberi perfum tu, paling kurang selalu dapat bau kasturi...ada lah jugak lekat kat tangan dan pakaian kita bila bersalam dan berdakap.

Manakala berkawan dengan orang-orang yang lalai seumpama berkawan dengan tukang besi. Jika percikan-percikan api tak melekat kat kita, paling kurang asapnya melekat kat kita.

Marilah sama-sama kita berfikir. Cuba kita bayangkan 1 pahala tu macam satu jongkong emas. kalau kita buat kerja kat rumah kita, kita dapat satu jongkang emas sahaja. kemudian boss kata kamu datang ofis buat kerja kamu, kamu akan dapat 2 jongkong emas. So, sudah pasti seorang yang waras akan memilih 2 jongkong emas untuk kerja yang lebih sikit sahaja dan tempat yang lebih selesa untuk melaksanakan kerja. Inikan pula solat berjemaah yang beza fizikalnya tidaklah besar mana, tetapi dapat 27 kali ganda? fuh, memang rugi lagi merugikan lah bagi sesiapa yang tertinggal solat berjemaah. disebabkan jongkong emas, jika sanggup bersusah payah ke sana-sini walaupun untungnya tak lah seberapa mana. tetapi untuk pahala, apakah usaha yang telah kita letak?

Selalu kami lihat di UK, pelajar yang lazimnya sibuk dengan pelajarannya, masih sanggup mengorbankan tidurnya dan bangun pada jam 4-5 pagi untuk mendapatkan 5-6 pound sejam. Namun, apabila tiba bab solat, tiada siapa yang sanggup mengorbankan tidurnya. Adakah solat subuh itu lebih murah daripada 5 pound? Sungguh kita ni tidak pandai menilai harga akhirat.

Tidak cukup hanya menceritakan masalah, penyelesaian dan ubat itu lebih penting. Sebagaimana Nabi SAW usaha pada sahabat sehingga mereka betul-betul punctual terhadap solat berjemaah, usaha yang sama perlu kita jalankan. InshaAllah, jika kita sendiri buat apa yang Nabi buat, natijahnya akan sama.

Nabi SAW selalu memberi galakan dan motivasi kepada sahabat untuk sentiasa menyediakan bekal akhirat yang kekal abadi. Mereka telah dijelaskan dan yang lebih penting telah YAKIN tentang nikmatnya syurga dan azabnya neraka dan bagaimana untuk mengatasi masalah akhirat itu nanti.

Ada orang komen, apalah cakap akhirat aja...orang dah pergi bulan la. Saya jawab: bulan, bintang, bumi dan matahari semua makhluk akan musnah samada kita pernah atau tak pernah jejak. Namun orang yang beriman kpd Allah dan hari akhirat akan dapat kerajaan yang lebih besar dari 10 kali dunia (yang termasuk bumi, bintang, bulan matahari etc) ini. Jadi, apa nak hairan dengan bulan? Kalau kita dapat jajah bulan pun, bulan tetap akan musnah. Tetapi kerajaan syurga itu kekal milik mukmin sampai bila-bila.

Untuk ubah keyakinan ini, selalulah dengar dan baca taklim fadhail. Ini bukan untuk orang, tetapi untuk diri kita sendiri.

Moga Allah jadikan kita orang yang mendengar dan mentaati Allah dan RasulNya.

29 April 2009

Perkara yang Kadang-Kadang

Allah yang jadikan aku dan kau.

Tapi nama Allah lah yang sekali sekala sahaja yang kita sebutkan.

Tapi Allah lah yang kadang-kadang sahaja kita ingat.

Bila susah ingat Allah, bila senang kat masjid pun tak nampak.

Syukur lah kerana Allah bagi 'rotan' sayang kat kita, untuk kita ingat balik hakikat siapa diri kita.
Yang hopeless. Yang dijadikan daripada air mani yang hina dan satu hari nanti akan jadi mayat yang tiada upaya untuk mengelipkan mata pun.

InsyaAllah, lepas ni kena azam untuk selesaikan segala masalah dengan perantaraan perintah-perintah Allah, mengikut cara Sunnah junjungan besar kita Nabi Muhammad SollaAllahu 'alaihi wa sallam.

Apabila Nabi berhadapan dengan sebarang kesukaran, Nabi SollaAllahu 'alaihi wasallam akan dirikan solat. Di dalam solatlah letaknya penyejuk mata Nabi.

Kat mana penyejuk mata kita? Duit? Astaghfirullah wa atuubu ilaih.

....

24 January 2009

Antara dua sujud

Hidup di dunia ni singkat seumpama duduk antara dua sujud.

Dalam kesempatan ni, kita berdoa dgn doa yg padat...

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِني وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Jika kita dapat perkara ini, cukuplah untuk kita dunia dan akhirat.

.