20 March 2009

cakap tak serupa bikin

Aku teringat sekitar bulan januari, time isu palestin hangat dulu.

Ada sorg membe ni aku ajak keluar, tapi die kata "pergi la ke palestin tolong sedara-sedara kat sana. ape la keluar2 dakwah ni?"

geram aku, then aku balas balik (dalam hati, tapi masa cakap tu lembut sikit laa..haha)

"abes tu ko buat ape kat sini? pergi palestin tak, keluar 3 hari pon tak nak. cakaap je banyak...piiirah!"
Kemudian dia hanya tersengih, tanda malu.

Lepas perbualan itu, aku berbisik lagi...
"keluar 4 bulan tinggal anak bini pon tak sanggup, nak tinggalkan anak bini selama-lamanya nanti camne?" [ni aku pesan kat aku sendiri la ni..aishk]

13 March 2009

Tandas


Tandas: Satu keperluan manusia

Dunia ni macam tandas.
Semua orang perlukan tandas.
Namun tandas bukanlah maksud hidup kita. Ia adalah sekadar satu keperluan.

Rumah dibina dengan ruang tandas yang minima.

Bayangkan kalau kita jumpa orang buat rumah dengan ruang tamu dan bilik lebih kecil dari tandas. Mesti kita cakap orang ni gila.

Macam tu juga lah, dunia ni bukanlah maksud kita. Ia adalah keperluan hidup.
Apakah maksud hidup di dunia?

Maksud hidup kat dunia ni adalah untuk persiapan akhirat nanti. Persiapan iman dan a'maal.

Mari kita lihat pada diri kita. Berapa banyak ruang daripada masa, harta dan diri ini kita beri pada 'tandas' dunia dan berapa banyak kita beri kepada maksud asal kita dihantar di dunia ini?

Adakah kita ni gila?

12 March 2009

Grad


10 July 2009 - Tarikh official final results aku keluar. Cuak pon ade. Bermula harini 11 March 2009, aku ada lebih kurang 121 hari sahaja. Cukup untuk aku keluar di jalan Allah 4 bulan.

Exam ni dah tahu tarikh.

Tapi exam kat kubur nanti boleh datang bila-bila masa. 10 July pon tak tahu sempat jumpe ke tak.

Dah prepare?