08 April 2009

macam biskut

Segala nikmat yang Allah beri kepada kita pasti akan dihitung kelak.

Orang celik akan ditanya tentang celiknya. Tapi orang buta tidak.

Orang yang berharta akan ditanya tentang hartanya. Tapi yang tak punya harta tidak.

Jadi apalah yang nak dibanggakan dengan 'pomp n shows' kat dunia ini.
Maximum enjoyment cuma 60-70 tahun kemudian kena tarik balik kemudian kena pula soal siasat lagi.

Cukuplah cerita Firaun, Haman dan Qarun jadi pengajaran untuk kita. Dulunya mereka berbangga-bangga dan rasa cukup dengan pangkat dan harta mereka. Namun apalah faedah yang mereka dapat dari apa yang mereka banggakan suatu hari dahulu.


.

07 April 2009

Hati

Hati kalau sakit, semua badan akan sakit.
Hati kalau baik, semua badan akan baik.

Usaha untuk islahkan manusia adalah usaha pada hati mereka.
Hati yang baik ialah hati yang ada iman.

Macam mana nak tanamkan iman dalam hati sedangkan ia ada di dalam?
Ada empat saluran. Fikiran, pandangan mata, pendengaran dan percakapan.

Gunakan keempat-empat untuk keluarkan kebesaran makhluk dan masukkan kebesaran Allah dalam hati.

Kalau hati sudah kotor, maka kena lah bersihkan dulu sebelum masuknya perkara yang suci.
Caranya nafi, kemudian isbat.
La ilaaha, illa Allah.

Mari kita sebarkan selalu muzakarahkan kalimah ini.
Taip sahaja tak cukup. Kena buat live, macam Nabi-nabi dan sahabat buat.
Sampaikan mereka digelar 'orang gila'.
Dengan nikmat Allah, mereka tidak gila. Orang yang tak dapat terima kerana hati mereka sudah teruk dikotori syirik dan maksiat.
Moga Allah selamatkan kita dari syirik, kecil ataupun yang besar.

Wallahu a'laam.


.

Camp Usic

Alhamdulillah, kami ke USIC camp ujung minggu lalu.

Nice, but I wish i could return and do what i suppose to do.