Alhamdulillah.
Hari ini aku telah putuskan tanpa meshuarat untuk mengubah wajah blog ini. Harap pembaca semua lebih senang dengan layout baru ini. Terima kasih dan jazaakumullahukhaira kerana sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini.
17 January 2010
14 January 2010
Tetamu Membawa Rahmat
Hari ini terbukti depan mataku, memang apabila tetamu datang, mereka membawa rahmat.
Kerana hari ini di ofis kami ada tetamu dari pegawai kerajaan, maka natijahnya lab tempat kami bekerja yang sekian lama seperti sarang cencurut, telah pulih menjadi bersih macam takde orang kerja kat sini pun.
Segala wayar dan komponen-komponen telah dikemaskan, peralatan yang bersepah telah diatur kembali dan barang-barang yang tak sepatutnya ada telah di letakkan ke tempat yang sesuai. Lantai bersapu dan tong sampah dikosongkan. Pendek kata, memang bersih lah Lab ni. Alhamdulillah, kedatangan tetamu mmg membawa rahmat.
And plus, on the way to canteen, kitorg lalu depan bilik menjamu VIP ketika diorg dah habis makan. Prof telah beri isyarat untuk kami ke dalam dan join makan free!
Then, ada lagi tetamu dari luar datang ke surau kami. berlainan dari tetamu yang lepas, beliau adalah seorang ustaz yang datang untuk memberi tazkirah harian. Bagi aku, ni lah tetamu yang paling special hari ni. Dengan majlisnya, malaikat telah datang berbondong2 dan Allah telah berbangga-bangga dengan peserta majlis di hadapan para malaikat-Nya. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, rabb sekelian alam.
12 January 2010
Berduit
Bagi orang yang ada seringgit sahaja kita kata orang itu 'ada duit'.
Tapi dia bukanlah orang yang 'berduit'.
Orang yang ada banyak duit barulah dipanggil 'yang berduit'.
Sama juga,
Orang yang ada sikit iman kita kata orang itu 'ada iman'.
Tapi kita belum lagi boleh panggil dia orang 'yang beriman'.
Orang yang sempurna imannya, barulah kita boleh panggil orang 'yang beriman'.
Keuntungan bagi orang yang beriman ialah sangat tinggi.
Perkara ini tak boleh dinilaikan oleh harga dunia.
Segala amalannya Allah hitung dan hargai.
Dalam senang dia dapat kebaikan kerana syukurnya.
Dalam susah pun dapat kebaikan kerana sabarnya.
Hatta, terkena calar sikit pun Allah beri keampunan untuknya.

Subscribe to:
Comments (Atom)