Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

12 January 2010

Berduit

Bagi orang yang ada seringgit sahaja kita kata orang itu 'ada duit'.
Tapi dia bukanlah orang yang 'berduit'.
Orang yang ada banyak duit barulah dipanggil 'yang berduit'.

Sama juga,

Orang yang ada sikit iman kita kata orang itu 'ada iman'.
Tapi kita belum lagi boleh panggil dia orang 'yang beriman'.
Orang yang sempurna imannya, barulah kita boleh panggil orang 'yang beriman'.

Keuntungan bagi orang yang beriman ialah sangat tinggi.
Perkara ini tak boleh dinilaikan oleh harga dunia.

Segala amalannya Allah hitung dan hargai.
Dalam senang dia dapat kebaikan kerana syukurnya.
Dalam susah pun dapat kebaikan kerana sabarnya.

Hatta, terkena calar sikit pun Allah beri keampunan untuknya.

18 November 2009

i segan

saya nak publish satu post baru, tapi seganlah nak post...mcm berterabur je ayatnya.
tapi let me summarise la ape yang aku nak cakap dalam post yang aku malu nak publish tu.

1. the means of sustenance for a human being will change.
2. this shows that these means are not the ones who give us the sustenance.
3. the one who gives us sustenance is Allah and Allah alone.
4. to get ourself out of this deception we must say this kalimah La ilaaha illa Allah frequently.


.

18 April 2009

Kaca Mata

Bila kita pakai cermin mata merah, semua benda kita nampak merah.
Kalau hijau, hijaulah yang kita nampak.

Sejenak kita fikir, bila kita baca al-Quran dan Hadith, dengan kaca mata apa yang kita pakai?

Adakah dengan kaca mata yang Sahabat-sahabat pakai, atau dengan kaca mata orang yang ada penyakit di hati mereka?

Sahabat-sahabat baca al-Quran dengan iman dan pengorbanan.
"Kami belajar iman, kemudian kami belajar al-Quran"
Ini kata-kata sahabat, tapi aku tak ingat siapa. [InsyaAllah bila aku tahu siapa, aku akan ammend.]

Ada beberapa contoh yang menunjukkan bahawa tafsir al-Quran ini memang perlu diserah kepada ahlinya. Bukan calang-calang orang macam kita.

Jadi masalah apabila ada yang cuma baca sikit al-Quran dan Hadith, dah berani keluarkan hukum. Orang ni salah orang tu salah, apa kes bang, awak sorang ke yang betul? Kita yang tak cukup sifat dan alatan ni, tak usahlah memandang rendah ulama' yang sudah mendalami ilmu.

Ulama' ummat ni yang paling agung, Abu Bakr RadhiAllahu 'anhu pun kata 'Tak tahu' bila dia tak tahu. Kita ni...ishk2. Berani nak tolak Mazhab-mazhab dengan alasan ada ayat ni, Hadith tu...kita dah faham ke? Berapa banyak hadith yang kita sudah baca? Bersihkah hati kita? Macam mana amalan harian kita? Malam kita bagaimana? Siang pula? Solat berjemaah jaga? Apa pengorbanan yang kita dah beri untuk Islam?

Sedih betul aku, bila ulama' dipandang rendah hanya kerana ada pendapat kita yang tak sebulu dengan pandangan mereka. Ini adalah penyakit ummat harini. Fitnah besar. Musuh-musuh sudah berjaya menanam benci kepada ulama' dan penjayanya adalah tak lain tak bukan orang Islam yang mana Iman mereka belum lagi meresap ke sanubari mereka.

'...Wattaqullah, wa yu'allimukumullah...'

Moga Allah baiki perception kita.

Kita mohon Allah supaya berikan kita sifat-sifat sahabat. Iman mereka, solat mereka yang khusyu' dan khudu', ilmu yang disertakan dzikr, ikram kepada muslim, kasih kepada yang muda, menghormati orang yang lebih tua, memuliakan ulama', amalan yang ikhlas 100% kerana Allah, mengajak kepada kebaikan, melarang dari kemungkaran dan sifat mereka yang sedia berkorban diri dan harta di jalan Allah.

ps: Doa pun perlu, usaha pun perlu, dakwah pun perlu.

.

04 February 2009

Saluran Rezeki


Paip hanyalah saluran air, bukan punca air.


Rezeki ni macam air paip.

Bila kita bukak paip, akan keluar air.

Tapi, bukan paip yang bagi air. Air tu kita dapatkan dari tangki.

Kalau tangki kosong, takde la lagi air akan keluar dari paip.

Banyak mana tangki tu ada air, banyak tu jugak lah air akan keluar dari paip.

Tak kira lah paip tu besar atau kecil. Satu, dua atau berpuluh kepala paip pun.

Akhirnya, jumlah yang sama juga kita akan dapat.

Macam tu juga, rezeki kita ni semua Allah dah tetapkan.

Kita kerja, orang lain pun kerja.

Tapi rezeki tu bukan datang dari kerja, rezeki tu daripada Allah.

Ada orang kerja, tapi takde rezeki pun kat situ. Penat habis, tapi upah tak dapat.

Ada orang kerja sikit je, tapi cukup keperluan nya.

Jadi, daripada kita banyakkan kepala-kepala paip saluran rezeki,
ada baiknya kita baiki saluran2 rezeki dengan sumbernya, iaitu Allah Taala sendiri.

Caranya adalah dengan mentaati Allah, ikut Sunnah Baginda Solla Allahu alaihi wasallam.

Moga Allah Taala kurniakan kita rezeki yang baik, baik di dunia, lebih penting lagi di akhirat yang tiada kesudahan dan tiada kematian kelak.


.