Hari demi hari berlalu, sudah lama tidak masukan entry dalam blog sendiri.
al maklumlah, kita ni orang yang dah berkahwin, ada tanggungjawab yang besar. hehe...
nways, atas kesedaran bahawa blog ini akan dibaca oleh manusia sejagat, ada baiknya aku menulis satu entry sempena meraikan ulang bulan perkahwinan kami yang pertama.
07 January 2011
26 October 2010
Teman Yang Kita Tidak Sukai
Manusia tak suka empat perkara:
1. Gelap - sebab itu lah org takut untuk keluar waktu malam. Mahu duduk rumah yang ada lampu.
2. Sempit - jadi orang suka tinggal di dalam rumah besar.
3. Sunyi - kita perlukan teman.
4. Panas - sebab tu orang pasang aircond.
Saudara-saudari sekalian,
Hakikatnya kesemua empat perkara ni ada dalam kubur yang kita bakal pergi nanti.
Untuk padamkan kegelapan, luaskan kubur, dapatkan kawan yang baik dalam kubur, dan nak dapatkan aircond hendaklah kita bersedia dengan iman dan amal soleh.
![]() |
| Kubur: samada taman daripada taman-taman syurga ataupun lubang dari lubang-lubang neraka. |
Bila masanya nak sedia? Tentulah sekarang masanya.
Segeralah baiki iman dan amal kita dan jangan bertangguh. Macam satu proverb kata,
"Masa yang terbaik untuk menanam pokok ialah 20 tahun lalu. Masa yang kedua terbaik ialah sekarang."
25 October 2010
Du'a Pengemis
Ada seorang pakcik ni yang terkenal dengan kekerasannya terhadap pengemis. Saya namakannya 'Pak Abu' dalam cerita ni. Pak Abu merupakan orang kaya jenis yang tak termakan dek pujukan pengemis. Al-maklum, bandar-bandar besar di India memang ramai pengemis. Dia memang masak dengan taktik-taktik pengemis ni. Datang sahaja pengemis, dia 'bo' layan sahaja.
Satu hari, dia telah menaiki kereta dibahagian penumpang ditemani seorang kawan baiknya, sambil dipandu oleh drebar nya. Dalam perjalanan tersebut, mereka telah lalu dijalan yang sempit, dan dengan itu menyebabkan kereta bergerak perlahan-lahan. Tiba-tiba kereta itu telah ditahan oleh seorang pakcik yang kurus kering. Tangannya berdarah dan dibalut dan diikat ke lehernya.
'Ni mesti nak mengemis ni', bisik hati Pak Abu. Pengemis tu terus ke tingkap penumpang dan mengadu tentang keadaannya yang sempit dan memerlukan bantuan kewangan. Dan Pak Abu macam biasalah, 'Bo' layan sahaja, walaupun pakcik pengemis tu tetap merayu-rayu meminta sedekah dengan muka yang kesian. Membe kat sebelah sound dia awal-awal, jangan percaya je pakcik tu...menipu aja.
Kemudian, tak pasal-pasal pakcik pengemis tu telah melutut dan broken, menangis teresak-esak sambil menadah kedua-dua tangan yang berbalut sebelah tu dan merayu...'Tuan sahajalah harapan saya, tuan sahajalah harapan saya'.
Pak Abu tersentuh dengan keadaan pengemis itu, dan turut kasihan melihat keadaannya. Dia lantas mengeluarkan seberapa banyak rupee yang ada dipoketnya, lalu memberi kepada pengemis yang masih lagi berlutut. Suka benar pengemis tu, lantas menangis kegembiraan. Dia meletakkan wang yang diperoleh antara kedua tapak tangannya, bertambah kuat tangisannya, memuji kemurahan Pak Abu lalu berterima kasih. Pak Abu pun lantas meminta drebarnya terus memandu.
Selepas beberapa ketika, kawannya yang disebelah bertanya.
"Kau hari ini lembut hati pula ya. Biasanya tak bagi muka pada pengemis."
"Kesian la kat abang tu tadi...dah la injured, nak bagi anak beranak makan lagi." Pak Abu menjelaskan.
"Kamu tahu tak siapa pakcik tu?" tanya rakannya.
"Kesian la kat abang tu tadi...dah la injured, nak bagi anak beranak makan lagi." Pak Abu menjelaskan.
"Kamu tahu tak siapa pakcik tu?" tanya rakannya.
"Mana lah aku tahu!" Jawab Pak Abu.
"Rumah banglo dia ada je berdekatan dengan lorong tadi tu. Kalau kamu nak tahu, dah bertahun dia buat kerja mengemis ni." Jawab kawan baiknya itu.
Tersentak Pak Abu mendengar cerita sebenar dari kawannya. Huhu
"Apesal kamu tak sound aku awal-awal tadi?"
"kan aku dah cakap tadi, dia ni menipu je. Kamu je yang lupa pesan aku."
Moral:
Begitulah seorang manusia yang keras hati macam mana pun, apabila dirayu boleh memberi perhatian kepada peminta.
Inikan pula al-Rahman al-Raheem. Harini, kita kena minta pada Allah macam mana pengemis tadi minta pada orang kaya tadi. Malah lebih dari itu kita kena minta. Kita tunjukkanlah kelemahan kita pada Dia, mengadu, pasrah pada Dia. Maka Dia akan belas kasihan pada kita. Kita kena yakin bahasanya kalau Allah tak selesaikan masalah kita, maka tak ada siapa lagi yang dapat selesaikan. Buangkan keyakinan kita kepada selain dari-Nya, kemudian barulah kita mampu berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.
Hakikatnya memang kita 100% bergantung harap pada Allah, cuma kita sahaja yang sedar atau tidak. Waktu-waktu 'emergency', barulah manusia teringatkan Allah. Sesetengah manusia telah berjanji pada Allah dengan 'nazar' yang macam-macam. 'kalau Kau selesaikan ni, aku akan buat amalan sekian-sekian'. Tetapi sangat buruk perbuatan mereka dan malangnya, setelah masalah selesai dia mula yakin yang salah pada dirinya sendiri dengan berfikir, "sebab usaha aku lah, masalah ni selesai". Dia lupa bahawa dia pernah berdoa pada Allah dahulu lantas melupakan janjinya dahulu ketika susah.
Semoga Allah jauhkan kita daripada sifat ini.

Subscribe to:
Comments (Atom)