
Kalau nak cari berlian, biasanya pengusaha mesti gali tanah.
Dengan susah payah, kena gali tanah dan batu.
Kadang-kadang jumpa, selalunya tak.
Dan sebelum tu, orang yang mahu cari berlian mesti tahu nilai berlian dan macammana nak mengenalpasti berlian.
Once sudah jumpa, tidak cukup setakat tu sahaja.
Batu yang bernilai ni perlu di refine.
Kotoran-kotoran perlu dibersihkan, kemudian diukir dan digilap.
Then diletak kat tempat yang sesuai.
Akhirnya, baru lah kita boleh lihat cincin bertakhtakan berlian di kedai-kedai emas.
Kemudian, bila orang beli, baru lah dapat hasilnya.
Macam tu lah jugak, kita perlu tahu nilai nya harta, masa, dan kesihatan kita.
Tak cukup sekadar tahu, kita perlu usaha atas perkara ini dan letakkan harta masa dan kesihatan di tempat yang betul. Akhirnya barulah kita akan dapat manfaat, dan mendapat 'pulangan' dari hasil usaha tersebut.
Macammana caranya? Takda cara lain, hanya dalam mentaati perintah Allah, ikut cara Nabi SAW.
No comments:
Post a Comment