Nabi Shuaib AS pada suatu hari hairan melihat kedua anak gadisnya pulang awal dari memberi minum kepada ternakan lalu bertanyakan perihal kenapa begitu.
Lalu dikhabarkan kepada bapa mereka perihal seorang pemuda yang kuat dan amanah yang telah menolong mereka memberi minum kepada ternakan mereka.
Persoalannya, bagaimana mereka dapat tahu dia seorang amanah pada pertemuan yang pertama?
Mereka dapat tahu pemuda ini seorang yang amanah kerana mereka dapat lihat pemuda itu telah menundukkan pandangan ketika mereka bertemu.
Tambah lagi, ketika salah seorang gadis tersebut menjemput pemuda yang kuat lagi amanah ini bertemu dengan ayahnya, pemuda ini telah berjalan dihadapan si gadis, walaupun si gadis merupakan seorang penunjuk jalan.
Pemuda yang sama itu Allah telah lantik untuk jadi Nabi.
Namanya Nabi Musa AS.
Pengajaran:
Jaga mata. Di syurga hanya ada mata-mata yang suci.
Bersihkan mata kita di dunia ini, sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment