
Paip hanyalah saluran air, bukan punca air.
Rezeki ni macam air paip.
Bila kita bukak paip, akan keluar air.
Tapi, bukan paip yang bagi air. Air tu kita dapatkan dari tangki.
Kalau tangki kosong, takde la lagi air akan keluar dari paip.
Banyak mana tangki tu ada air, banyak tu jugak lah air akan keluar dari paip.
Tak kira lah paip tu besar atau kecil. Satu, dua atau berpuluh kepala paip pun.
Akhirnya, jumlah yang sama juga kita akan dapat.
Macam tu juga, rezeki kita ni semua Allah dah tetapkan.
Kita kerja, orang lain pun kerja.
Tapi rezeki tu bukan datang dari kerja, rezeki tu daripada Allah.
Ada orang kerja, tapi takde rezeki pun kat situ. Penat habis, tapi upah tak dapat.
Ada orang kerja sikit je, tapi cukup keperluan nya.
Jadi, daripada kita banyakkan kepala-kepala paip saluran rezeki,
ada baiknya kita baiki saluran2 rezeki dengan sumbernya, iaitu Allah Taala sendiri.
Caranya adalah dengan mentaati Allah, ikut Sunnah Baginda Solla Allahu alaihi wasallam.
Moga Allah Taala kurniakan kita rezeki yang baik, baik di dunia, lebih penting lagi di akhirat yang tiada kesudahan dan tiada kematian kelak.
.
No comments:
Post a Comment