Dalam perkongsian itu, beliau telah beri satu peringatan yang sangat berguna iaitu hendaklah kita kejar akhirat kerana itulah tempat yang akan kita tinggal selama-lamanya. Sedangkan dunia ini pula adalah tempat tumpangan buat sementara waktu.
Antara intisari lain yang saya dapat lebih kurang:
- Apabila seseorang itu berusaha untuk akhiratnya, maka dunia ini akan jadi tempat untuk dia bercucuk tanam menanam modal. Dia tidak akan jadikan dunia ini tempat bersedap-sedap.
- Manakala amaran juga diberikan untuk tidak mengejar dunia. Sesiapa yang mengejar dunia maka dia seumpama kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
- Dalam mempraktikkan visi akhirat ini seseorang itu bagaimanapun harus memberi masa untuk menunaikan haq-haq orang lain terhadapnya. Ada masa untuk amalan masjid, untuk keluarga dan untuk keperluan/kerja.
- Kemudian ada juga di sentuh tentang niat mencari 'ilmu. Sesiapa yang mendapatkan dunia dengan ilmu agama maka dia akan rugi kedua-duanya sekali. Manakala sesiapa yang membelakangkan dunia untuk agama maka dia akan dapat kedua-duanya sekali.
- Buktinya adalah ulama-ulama terdahulu. Mereka zuhud tetapi dunia bawah kaki mereka. Dan takde siapa pun yang rugi apabila mendahulukan agama/akhirat, dulu, kini dan selamanya.
- Sebaliknya, yang selalu tidak tenang ialah orang yang mengejar dunia membelakangkan akhirat.
- Oleh itu, niat menuntut ilmu kena betul, hanya kerana ALlah. Jika tuntut ilmu niatnya tak betul seperti untuk jadi pandai berkata-kata, nak berdebat, berhujjah, berlawan dengan orang lain, untuk pandai jadi penulis blog, maka inilah kerugian yang paling besar bagi seseorang. Dunia tak dapat, akhirat pun hancur. Rugi sangat-sangat.
- Jadi, menuntut ilmu itu niatnya harus lurus, iaitu untuk memperbaiki/islah diri sendiri..