Showing posts with label iman ikhlas. Show all posts
Showing posts with label iman ikhlas. Show all posts

20 January 2010

Kenapa Belajar?

Semalam Ustaz Hadi dari MDE telah datang beri tazkirah di Surau Al-Hikmah SS18.

Dalam perkongsian itu, beliau telah beri satu peringatan yang sangat berguna iaitu hendaklah kita kejar akhirat kerana itulah tempat yang akan kita tinggal selama-lamanya. Sedangkan dunia ini pula adalah tempat tumpangan buat sementara waktu.

Antara intisari lain yang saya dapat lebih kurang:
  • Apabila seseorang itu berusaha untuk akhiratnya, maka dunia ini akan jadi tempat untuk dia bercucuk tanam menanam modal. Dia tidak akan jadikan dunia ini tempat bersedap-sedap.
  • Manakala amaran juga diberikan untuk tidak mengejar dunia. Sesiapa yang mengejar dunia maka dia seumpama kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
  • Dalam mempraktikkan visi akhirat ini seseorang itu bagaimanapun harus memberi masa untuk menunaikan haq-haq orang lain terhadapnya. Ada masa untuk amalan masjid, untuk keluarga dan untuk keperluan/kerja.
  • Kemudian ada juga di sentuh tentang niat mencari 'ilmu. Sesiapa yang mendapatkan dunia dengan ilmu agama maka dia akan rugi kedua-duanya sekali. Manakala sesiapa yang membelakangkan dunia untuk agama maka dia akan dapat kedua-duanya sekali.
  • Buktinya adalah ulama-ulama terdahulu. Mereka zuhud tetapi dunia bawah kaki mereka. Dan takde siapa pun yang rugi apabila mendahulukan agama/akhirat, dulu, kini dan selamanya.
  • Sebaliknya, yang selalu tidak tenang ialah orang yang mengejar dunia membelakangkan akhirat.
  • Oleh itu, niat menuntut ilmu kena betul, hanya kerana ALlah. Jika tuntut ilmu niatnya tak betul seperti untuk jadi pandai berkata-kata, nak berdebat, berhujjah, berlawan dengan orang lain, untuk pandai jadi penulis blog, maka inilah kerugian yang paling besar bagi seseorang. Dunia tak dapat, akhirat pun hancur. Rugi sangat-sangat.
  • Jadi, menuntut ilmu itu niatnya harus lurus, iaitu untuk memperbaiki/islah diri sendiri..

04 February 2008

Apa yang besar?

Untung jadi orang yang beriman.
Amal sedikit pun, Allah bagi ganjaran.
Senyum sikit dapat pahala.
Terkena duri sikit pun Allah ampunkan dosa.

Namun sebaliknya, sangat rugi orang tak beriman.
Sedikit pun amalan mereka Allah tak terima.
Derma harta berjuta-juta.
Berjaga siang dan malam.
Belajar tinggi-tinggi. Senyum sokmo 24 jam.
tapi semua tu sedikit pun Allah tak terima.
Kesian kan?

Pada mata kita, kita nampak amalan-amalan yang makruf.
Alhamdulillah. Apa yang baik tetap baik.
Tapi apakah 'makruf' yang paling baik?
Itulah IMAN. Dengan iman, amalan yang lain akan diterima.

Sebaliknya, apakah 'mungkar' yang paling munkar?
Itulah SYIRIK. Dengan ada perkara ni, banyak mana amalan pun takkan diterima.
Na'udzubillah.

Hmm..sebelum kesian kat orang, mari kita kesian pada diri sendiri dulu.
Betul ke kita sudah berIMAN?
Atau sekadar percaya, dan sekadar dibibir sahaja?
Renung-renungkanlah kerana ketika mati nanti yang keluar dari mulut adalah apa yang ada di hati kita.