Kalau hijau, hijaulah yang kita nampak.
Sejenak kita fikir, bila kita baca al-Quran dan Hadith, dengan kaca mata apa yang kita pakai?
Adakah dengan kaca mata yang Sahabat-sahabat pakai, atau dengan kaca mata orang yang ada penyakit di hati mereka?
Sahabat-sahabat baca al-Quran dengan iman dan pengorbanan.
"Kami belajar iman, kemudian kami belajar al-Quran"
Ini kata-kata sahabat, tapi aku tak ingat siapa. [InsyaAllah bila aku tahu siapa, aku akan ammend.]Ada beberapa contoh yang menunjukkan bahawa tafsir al-Quran ini memang perlu diserah kepada ahlinya. Bukan calang-calang orang macam kita.
Jadi masalah apabila ada yang cuma baca sikit al-Quran dan Hadith, dah berani keluarkan hukum. Orang ni salah orang tu salah, apa kes bang, awak sorang ke yang betul? Kita yang tak cukup sifat dan alatan ni, tak usahlah memandang rendah ulama' yang sudah mendalami ilmu.
Ulama' ummat ni yang paling agung, Abu Bakr RadhiAllahu 'anhu pun kata 'Tak tahu' bila dia tak tahu. Kita ni...ishk2. Berani nak tolak Mazhab-mazhab dengan alasan ada ayat ni, Hadith tu...kita dah faham ke? Berapa banyak hadith yang kita sudah baca? Bersihkah hati kita? Macam mana amalan harian kita? Malam kita bagaimana? Siang pula? Solat berjemaah jaga? Apa pengorbanan yang kita dah beri untuk Islam?
Sedih betul aku, bila ulama' dipandang rendah hanya kerana ada pendapat kita yang tak sebulu dengan pandangan mereka. Ini adalah penyakit ummat harini. Fitnah besar. Musuh-musuh sudah berjaya menanam benci kepada ulama' dan penjayanya adalah tak lain tak bukan orang Islam yang mana Iman mereka belum lagi meresap ke sanubari mereka.
'...Wattaqullah, wa yu'allimukumullah...'
Moga Allah baiki perception kita.
Kita mohon Allah supaya berikan kita sifat-sifat sahabat. Iman mereka, solat mereka yang khusyu' dan khudu', ilmu yang disertakan dzikr, ikram kepada muslim, kasih kepada yang muda, menghormati orang yang lebih tua, memuliakan ulama', amalan yang ikhlas 100% kerana Allah, mengajak kepada kebaikan, melarang dari kemungkaran dan sifat mereka yang sedia berkorban diri dan harta di jalan Allah.
ps: Doa pun perlu, usaha pun perlu, dakwah pun perlu.
.