20 January 2010

Kenapa Belajar?

Semalam Ustaz Hadi dari MDE telah datang beri tazkirah di Surau Al-Hikmah SS18.

Dalam perkongsian itu, beliau telah beri satu peringatan yang sangat berguna iaitu hendaklah kita kejar akhirat kerana itulah tempat yang akan kita tinggal selama-lamanya. Sedangkan dunia ini pula adalah tempat tumpangan buat sementara waktu.

Antara intisari lain yang saya dapat lebih kurang:
  • Apabila seseorang itu berusaha untuk akhiratnya, maka dunia ini akan jadi tempat untuk dia bercucuk tanam menanam modal. Dia tidak akan jadikan dunia ini tempat bersedap-sedap.
  • Manakala amaran juga diberikan untuk tidak mengejar dunia. Sesiapa yang mengejar dunia maka dia seumpama kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
  • Dalam mempraktikkan visi akhirat ini seseorang itu bagaimanapun harus memberi masa untuk menunaikan haq-haq orang lain terhadapnya. Ada masa untuk amalan masjid, untuk keluarga dan untuk keperluan/kerja.
  • Kemudian ada juga di sentuh tentang niat mencari 'ilmu. Sesiapa yang mendapatkan dunia dengan ilmu agama maka dia akan rugi kedua-duanya sekali. Manakala sesiapa yang membelakangkan dunia untuk agama maka dia akan dapat kedua-duanya sekali.
  • Buktinya adalah ulama-ulama terdahulu. Mereka zuhud tetapi dunia bawah kaki mereka. Dan takde siapa pun yang rugi apabila mendahulukan agama/akhirat, dulu, kini dan selamanya.
  • Sebaliknya, yang selalu tidak tenang ialah orang yang mengejar dunia membelakangkan akhirat.
  • Oleh itu, niat menuntut ilmu kena betul, hanya kerana ALlah. Jika tuntut ilmu niatnya tak betul seperti untuk jadi pandai berkata-kata, nak berdebat, berhujjah, berlawan dengan orang lain, untuk pandai jadi penulis blog, maka inilah kerugian yang paling besar bagi seseorang. Dunia tak dapat, akhirat pun hancur. Rugi sangat-sangat.
  • Jadi, menuntut ilmu itu niatnya harus lurus, iaitu untuk memperbaiki/islah diri sendiri..

17 January 2010

Wajah Baru

Alhamdulillah.

Hari ini aku telah putuskan tanpa meshuarat untuk mengubah wajah blog ini. Harap pembaca semua lebih senang dengan layout baru ini. Terima kasih dan jazaakumullahukhaira kerana sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini.

14 January 2010

Tetamu Membawa Rahmat

Hari ini terbukti depan mataku, memang apabila tetamu datang, mereka membawa rahmat.

Kerana hari ini di ofis kami ada tetamu dari pegawai kerajaan, maka natijahnya lab tempat kami bekerja yang sekian lama seperti sarang cencurut, telah pulih menjadi bersih macam takde orang kerja kat sini pun.

Segala wayar dan komponen-komponen telah dikemaskan, peralatan yang bersepah telah diatur kembali dan barang-barang yang tak sepatutnya ada telah di letakkan ke tempat yang sesuai. Lantai bersapu dan tong sampah dikosongkan. Pendek kata, memang bersih lah Lab ni. Alhamdulillah, kedatangan tetamu mmg membawa rahmat.

And plus, on the way to canteen, kitorg lalu depan bilik menjamu VIP ketika diorg dah habis makan. Prof telah beri isyarat untuk kami ke dalam dan join makan free!

Then, ada lagi tetamu dari luar datang ke surau kami. berlainan dari tetamu yang lepas, beliau adalah seorang ustaz yang datang untuk memberi tazkirah harian. Bagi aku, ni lah tetamu yang paling special hari ni. Dengan majlisnya, malaikat telah datang berbondong2 dan Allah telah berbangga-bangga dengan peserta majlis di hadapan para malaikat-Nya. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, rabb sekelian alam.