29 May 2009

Namaku Naz(?)ri

Jap lagi aku ada paper eee416 - high speed electronic devices.
module ni ada perkaitan rapat dengan apa yang diantara dua tangan kamu.
handphone, computer dan semua alat electronik perlukan this kind of expertise or something similar to that. and its cool to know and appreciate how things work and how to design for the future.

anyway, nak dijadikan cerita, pagi tadi ada seorang Saudi datang kat aku.
pastu dia kata:

"why did you say your name is nazri? your name is not nazri but its nazri."

Aku pening. Ape la mamat ni merapu. Nama aku memangla nazri. Dia nafikan lepastu betulkan pulak.

Then, bile dengar die cakap ulang-ulang barulah aku perasan apa yang dia nak cakap. Rupenya dia kata nama aku patutnya nazri dengan huruf 'tzal'. Bukannya nazri dengan huruf zai.

Well, salah aku jugak la. Sebab aku lidah melayu, bukannya particular sangat dengan makhraj2 nih. Dia, orang Arab pula mmg perasan kalau makhraj nye lain.

Dan sebenarnya 'z' pada 'nazri' adalah ambiguous dalam bahasa kita. Ia boleh jadi 'tzal', 'zai', atau 'dzo'. Untuk ketiga-tiga ni ada maksud yang berlainan.

Menurut perhatian aku ada alamat yang menunjukkan orang malaya dulu-dulu lebih particular tentang makhraj. Contohnya mereka akan eja 'Achmad' instead of 'Ahmad' sebab nak bezakan antara ha 'pedas' dan ha simpul.

Ntahlah, sejak bile nilai tu hilang dalam bahasa kita. Maybe sebab pengaruh penjajah, atau mungkin sekali kerana lemahnya dakwah, hingga kita tak lagi sensitif dengan bahasa Quran?

27 May 2009

Dua perkara yang baik untuk kita

Ada dua benda yang baik untuk kita tapi kita tak suka.
Iaitu:

1. Harta yang sedikit
2. Maut

Kenapa? Cuba fikir-fikirkan.


.

24 May 2009

Maintenance

Untuk perkara jadi baik, kita perlu usaha.
Untuk jadikan ia buruk, senang je...tak yah buat pape.

Contohnya taman rumah kita. Kalau kita ada taman yang cantik, kemudian kita biar sahaja selama sebulan. InsyaAllah akan lapuklah taman tu. Tak payah buat apa-apa, buruklah jadinya.

Tapi kalau kita nak sentiasa ada taman yang cantik, kita perlulah usahakan ia. Dengan usaha, maka hutan belukar pun boleh jadi taman yang indah.

Begitu jugalah diri kia ini.
Cantiknya diri kita ini jika ada agama.
Untuk hiasi diri kita dengan agama inilah kita perlukan usaha.
Dengan usaha ini maka diri yang rosak akan dapat dipulih.
Tanpa usaha maka yang baik-baik pun akan jadi rosak.

Untuk usaha islah manusia inilah Nabi-Nabi telah dihantar.
Contoh usaha paling berjaya ialah usaha Nabi SollaAllahu alaihi wasallam.
Usaha yang telah tukarkan Arab Jahiliah yang sangat buruk keadaannya kepada 'sebaik-baik generasi'.

Usaha Nabi inilah yang kita perlukan.