Untuk perkara jadi baik, kita perlu usaha.
Untuk jadikan ia buruk, senang je...tak yah buat pape.
Contohnya taman rumah kita. Kalau kita ada taman yang cantik, kemudian kita biar sahaja selama sebulan. InsyaAllah akan lapuklah taman tu. Tak payah buat apa-apa, buruklah jadinya.
Tapi kalau kita nak sentiasa ada taman yang cantik, kita perlulah usahakan ia. Dengan usaha, maka hutan belukar pun boleh jadi taman yang indah.
Begitu jugalah diri kia ini.
Cantiknya diri kita ini jika ada agama.
Untuk hiasi diri kita dengan agama inilah kita perlukan usaha.
Dengan usaha ini maka diri yang rosak akan dapat dipulih.
Tanpa usaha maka yang baik-baik pun akan jadi rosak.
Untuk usaha islah manusia inilah Nabi-Nabi telah dihantar.
Contoh usaha paling berjaya ialah usaha Nabi SollaAllahu alaihi wasallam.
Usaha yang telah tukarkan Arab Jahiliah yang sangat buruk keadaannya kepada 'sebaik-baik generasi'.
Usaha Nabi inilah yang kita perlukan.
No comments:
Post a Comment