Sapa rajin, baca lah entri ustaz ni...kisah macam mana kampung dia hidup semula dengan Islam. Subhanallah, ingat aku kat kampug aku sendiri.
Bila baca entri ustaz ni, perasaan simpati dan harapan timbul dalam jiwa aku.
Simpati terhadap keadaan masjid kampung. Baru-baru ni pula tok imam meninggal, kurang lagi seorang ahli jemaah masjid. Yang tinggal nye orang-orang tua, tu pun bape kerat sahaja. Satu per satu akan tumbang, pastu sape nak hidupkan masjid?
Harap-harap dgn kepulangan aku ke kampung nanti dapat mengubah keadaan di kampung. Masjid jadi macam masjid nabawi, kampung jadi macam Madinah munawwarah. Mungkin satu hari nanti Bandar Maharani jadi Bandar Munawwarah.
Hakikatnya mmg Islam itu akan flourish semula. Pasti, sebab Nabi ada khabar kat kita. Cumanya yang kita harap kitalah pemangkin kebangkitan itu. Yang kita takut2 dan minta perlindungan dari Allah supaya tak jadi penghalang kepada usaha agama.
insyaAllaah...sama-sama kita mendoakan supaya jadi asbab hidayat seluruh 'alam. Tiada yang mustahil bagi Allah. Dia kata jadi maka pasti jadi.
Nway...bacalah entri ustaz ni, sama-sama kita ambil pengajaran.
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/05/once-upon-time-in-kuala-kedah-bah2.html
Sekian
Wallahu a'laam
.
No comments:
Post a Comment