InsyaAllah arini aku nak menulis untuk bersyukur kepada Allah.
Allah telah beri aku peluang yang banyak sangat untuk bersedia ke alam yang akan datang.
Semalam abang nasir ada bagi nasihat sikit. Subhanallah, bila orang balik keluar ni, fikir dia memang lain sikit, panas orang kata kerana mereka telah berada dalam susasana yang terjaga iman dan amal. Dia beritahu tentang kepentingan usaha untuk akhirat. Dunia ini diciptakan untuk manfaat kita, manusia ni. Kita punya maksud bukan untuk dunia, tapi untuk kehidupan akhirat nanti. Itulah sebenar-benar tempat kembali kita, kampung kita yang dahulunya atuk dan nenek kita pernah duduk.
Dunia ini tempat untuk kita buata segala kelengkapan untuk akhirat. Just imagine, kalau perlu susah-payah pun, pukul rata cuma 60-70 tahun. Itu je. 60-70 tahun ini bagi kita yang baru nak kenal dunia mungkin rasa lamaaaaaa lagi. Tapi cube tanya pakcik-pakcik yg dah berumur tuh...dia akan petik jari dan kata, "camni je nak...". Tanya lagi yang lebih lanjut umurnya 80-90 tahun, pun akan kata benda yang sama.
Jadi kalaulah perlu susah payah pun masanya cuma masam petik jari je. Masa akan terus berlalu dan akan terus berlalu tanpa tunggu kita.
Dan bayangkanlah susah-payah yang sikit ni akan dibalas dengan nikmat yang tak henti-henti. Ape nak, mintak jela...makan, minum, mahligai, perempuan, pemandangan indah, gundik-gundik, takhta...dan kalau dicatatkan kat sini pun takkan mungkin dapat gambarkan keindahan syurga, kerana penulis pun bukan pernah kesana pun. Tapi tu la, masa yang singkat ini, walaupun yang paling singkat nak dibandingkan dengan alam-alam yang lain..ialah yang paling crucial untuk menentukan kejayaan atau kegagalan setiap orang itu.
Apalah salahnya kan, kita tinggalkan keluarga kita kejap, rehat kita, harta kita, keselesaan kita..untuk Allah? Tinggalkan sekejap pun untuk Allah pun tak sedia, macamne nanti nak tinggalkan selama-lamanya?, satu point yang kita kena fikir-fikirkan.
Allah yang beri kita semua ni, dan dia takkan dapat untung kalau kita 'beri'. Allah minta kita beri bukan nya untuk Allah, tapi untuk kita jugak lah.
Macam seorang ibu, bila dia nak cerai susu dari anak nya. Bukan nya ibu tu zalim, tak bagi susu kat anak, tapi nak anaknya rasa makanan yang lebih sedap dan macam-macam rasa lagi.
Macam tu jugaklah, bila Allah minta kita tinggalkan apa yang patut tinggalkan dan ambil apa yang perlu kita ambil, bukannya nak susah-susahkan kta. Bukannya Allah zalim...tak sekali-kali Allah zalim kepada hambaNya. tapi ini semata-mata untuk manfaat kita.
InsyaAllah, dengan selalu ingatkan kita ttg Allah, menafikan makhluk dan meng'isbat'kan Allah.. mudahlah kita untuk mentaati perintahnya.
.
No comments:
Post a Comment